Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Suri rumah di Bau rugi RM4,000 terjerat skim pelaburan palsu dalam talian
  • JENAYAH

Suri rumah di Bau rugi RM4,000 terjerat skim pelaburan palsu dalam talian

Utusan Sarawak 11 hours ago
GAMBAR hiasan.

BAU: Suri rumah berusia 40 tahun kerugian RM4,000 selepas menjadi mangsa skim pelaburan tidak wujud yang dipromosikan melalui platform media sosial, Instagram.

Ketua Polis Daerah Bau, Mohd Haide A Rahman, berkata pihak polis menerima laporan daripada mangsa pada 9.52 pagi, hari ini.

Menurut beliau, mangsa menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali kira-kira jam 11.32 malam semalam daripada seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai wakil platform pelaburan ‘Webul Gold Machine Asia’.

“Suspek menawarkan peluang pelaburan kepada pengadu dengan modal sebanyak RM4,000 dan menjanjikan pulangan sehingga RM50,000,” kata beliau.

Tertarik dengan tawaran pulangan tinggi itu, mangsa bersetuju menyertai pelaburan tersebut dan membuat transaksi secara atas talian sebanyak RM4,000 ke akaun bank, seperti yang diarahkan oleh pentadbir pelaburan berkenaan.

Mohd Haide berkata, selepas bayaran dibuat, mangsa sekali lagi diminta membuat bayaran tambahan sebanyak RM2,000 kononnya bagi tujuan mengeluarkan keuntungan pelaburan.

“Bagaimanapun, pengadu mula berasa curiga kerana tidak menerima sebarang pulangan daripada pelaburan tersebut sebelum menyedari dirinya telah ditipu,” jelas beliau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Beliau menambah, semakan melalui sistem Jabatan Siasatan Jenayah Komersial mendapati akaun bank dan nombor telefon yang terlibat tidak mempunyai rekod kes terdahulu.

“Mangsa juga telah menghubungi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan di talian 997 bagi membuat aduan,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap tawaran pelaburan di media sosial yang menjanjikan pulangan luar biasa tinggi.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Tiga lelaki ditahan, 13 saman trafik dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu IPD Lubok Antu
Next: Dua lelaki ditahan positif dadah dalam Op Tapis Khas di ladang sawit SALCRA Pagan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.