Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Surau Kampung Pagan terus dinaik taraf melalui peruntukan RTP DUN Kalaka
  • TEMPATAN

Surau Kampung Pagan terus dinaik taraf melalui peruntukan RTP DUN Kalaka

Utusan Sarawak 1 week ago
KAUNSELOR Kasdi Pandi yang mewakili ADUN Kalaka bersama agensi pelaksana mengadakan lawatan tapak bagi projek menaik taraf Surau Kampung Pagan, hari ini. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Surau Kampung Pagan yang sebelum ini dibangunkan secara berfasa, kini memasuki fasa akhir kerja-kerja naik taraf melalui peruntukan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, projek berkenaan kini melibatkan pembinaan baharu pagar dan dataran kejat dengan peruntukan sebanyak RM100,000.

“Hari ini, kita turun padang untuk meninjau tapak projek pembinaan pagar dan dataran kejat di Surau Kampung Pagan yang telah diluluskan di bawah peruntukan RTP,” katanya.

Menurut Mohamad Duri, projek tersebut akan dilaksanakan oleh kontraktor yang telah dilantik melalui cabutan undi oleh Pejabat Residen Bahagian Betong.

“Kerja-kerja naik taraf akan bermula dalam masa terdekat. Kita mahu pastikan setiap projek RTP dilaksanakan mengikut spesifikasi dan siap mengikut jadual demi kepentingan dan keperluan rakyat,” tegasnya.

Beliau turut menekankan pentingnya pemantauan dan kerjasama antara wakil rakyat, jabatan teknikal dan agensi pelaksana agar segala isu atau cabaran berkaitan pelaksanaan dapat ditangani dengan berkesan.

“Setiap projek kerajaan mencerminkan imej kerajaan itu sendiri. Oleh itu, pelaksanaan yang cekap, telus dan berkesan amat penting agar manfaatnya sampai terus kepada rakyat,” katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi yang mewakili ADUN Kalaka bersama wakil agensi pelaksana Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong dan JKR Saratok.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: 25 Qari, Qariah sertai Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Asajaya
Next: Padawan bakal tampil sebagai destinasi pelancongan unggul Sarawak berteraskan Warisan Bidayuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.