Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Surau Darul Huda IPD Sibu terus diimarahkan dengan Solat Sunat Dhuha
  • Tengah
  • WILAYAH

Surau Darul Huda IPD Sibu terus diimarahkan dengan Solat Sunat Dhuha

Utusan Sarawak 8 hours ago
SEKITAR….Program Pengimarahan Surau Solat Sunat Dhuha di Surau Darul Huda IPD Sibu, pagi tadi.

SIBU: Surau Darul Huda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu terus diimarahkan dengan penganjuran Program Pengimarahan Surau Solat Sunat Dhuha, pagi tadi.

Program tersebut yang bermula 9.00 pagi hingga 9.30 pagi, dihadiri oleh Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Azari Miskon serta warga IPD Sibu yang terdiri daripada pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan pegawai awam.

Solat Sunat Dhuha berjemaah telah dipimpin oleh Ustaz Ahmad Rafizan Nen dari Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS-BAKA).

SEKITAR….Program Pengimarahan Surau Solat Sunat Dhuha di Surau Darul Huda IPD Sibu, pagi tadi.

Antara pengisian program adalah kehadiran warga kerja IPD Sibu, pelaksanaan Solat Sunat Dhuha secara berjemaah serta jamuan selepas selesai ibadah.

Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan kesedaran rohani dalam kalangan warga PDRM, di samping memupuk budaya hidup beragama serta mengukuhkan jati diri seorang Muslim. 

Selain itu, program seumpama ini juga dilihat mampu mengimarahkan surau dengan aktiviti kerohanian yang bermanfaat.

Secara keseluruhannya, program berjalan dengan lancar dan teratur serta mendapat sambutan yang baik daripada warga kerja IPD Sibu. Inisiatif seperti ini bukan sahaja memberi pengisian rohani, malah turut memperkukuh ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga PDRM.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Ibadah korban pupuk semangat perpaduan dan ukhuwah – Ahmad Johnie
Next: Sarawak Water giat usaha tangani gangguan bekalan air di Teku Pasai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.