Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Surau baharu Kampung Malaysia diluluskan, tingkat kemudahan penduduk setempat
  • Tengah
  • WILAYAH

Surau baharu Kampung Malaysia diluluskan, tingkat kemudahan penduduk setempat

Utusan Sarawak 10 hours ago
ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing bergambar bersama yang lain di majlis rumah terbuka Kampung Malaysia, baru-baru ini. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Penduduk Kampung Malaysia bakal menikmati kemudahan surau baharu selepas cadangan pembinaannya telah diluluskan Jabatan Premier Sarawak, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.

Katanya, kelulusan tersebut merupakan satu langkah penting dalam usaha memperkukuh kemudahan keagamaan masyarakat Islam di kawasan tersebut, selain menyediakan ruang yang lebih selesa untuk pelaksanaan aktiviti kerohanian dan kemasyarakatan.

“Cadangan pembinaan surau di Kampung Malaysia telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Premier Sarawak dan proses pembinaannya perlu dirujuk serta diselaraskan bersama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Sarikei bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata, demikian ketika menghadiri majlis rumah terbuka Kampung Malaysia, baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan akan memohon pelaksanaan projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi 2027 melibatkan kerja menaik taraf sistem perparitan serta jalan utama di Kampung Malaysia bagi meningkatkan keselesaan dan keselamatan penduduk. 

Di majlis sama, beliau turut menyalurkan geran khas Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM3,000 kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Malaysia sebagai sokongan terhadap pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan sepanjang 2026.

“Saya juga akan memohon projek di bawah Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) fasa kedua yang melibatkan kerja meratakan tapak tanah serta menaik taraf penyambungan bekalan air dan elektrik untuk pembangunan kawasan perumahan baharu di Kampung Malaysia,” katanya.

Turut hadir, Wong Soon Mee selaku wakil kepada Ahli Parlimen Sarikei, Dato’ Sri Huang Tiong Sii; Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering; Pemanca Rapen Angga; Penghulu Hashim Abg Solhi; Ketua Kampung, Maliki Bojeng dan Kapitan Ling Nie Hoe.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BBP Bintangor tingkat pemantauan kawasan berisiko pembakaran terbuka
Next: Nur Azhar dilantik semula setiausaha DUN Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.