Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Surat amaran kepada kontraktor langgar piawaian
  • TEMPATAN

Surat amaran kepada kontraktor langgar piawaian

Utusan Sarawak 2 years ago

Sebanyak 191 NCR serta 351 NOI telah dikeluarkan kepada kontraktor-kontraktor Pakej Kerja LPB dari Lundu hingga Miri. Enam siri audit keselamatan jalan raya (RSA) juga telah dilaksanakan untuk projek-projek yang masih dalam fasa pembinaan. - Ir. Aidel Lariwoo

KUCHING: Surat amaran menerusi Laporan Ketidakpatuhan (NCR) dan Notis Penambahbaikan (NOI) untuk ketidakpatuhan kerja telah dikeluarkan kepada kontraktor-kontraktor Lebuhraya Pan Borneo (LPB) yang tidak mematuhi piawaian keselamatan yang telah ditetapkan.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Ir. Aidel Lariwoo memberitahu, sebanyak 191 NCR serta 351 NOI telah dikeluarkan kepada kontraktor-kontraktor Pakej Kerja LPB dari Lundu hingga Miri.

Menurutnya, enam siri audit keselamatan jalan raya (RSA) juga telah dilaksanakan untuk projek-projek yang masih dalam fasa pembinaan.

“Hasil audit mendapati beberapa isu termasuk tiada kerja-kerja penyelenggaran dilaksanakan untuk peralatan lalu lintas di tapak projek, lampu panduan berkelip (blinkers light) dan ‘string delineators’ tidak dipasang serta lencongan jalan sementara tidak mematuhi pelan pengurusan trafik (TMP) yang diluluskan,” katanya semasa menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Katanya, RSA merupakan satu proses sistematik yang bertujuan meneliti perancangan, reka bentuk dan pembinaan projek jalan dan juga ciri-ciri serta pengoperasian jalan sedia ada.

“Jabatan Kerja Raya melaksanakan RSA secara ketat sepanjang pelaksanaan pembinaan jalan baharu.

“Semua kontraktor sedang dalam proses menangani isu-isu yang timbul untuk memastikan jalan raya sentiasa selamat untuk setiap pengguna,” katanya.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Peruntukan RM80 juta bina baharu Loji Rawatan Air Daerah Song
Next: DUN bersidang semula Selasa depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.