Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SUPP sasar tambah 10 peratus sokongan untuk tawan Lanang
  • Tengah
  • WILAYAH

SUPP sasar tambah 10 peratus sokongan untuk tawan Lanang

Utusan Sarawak 4 hours ago
PERLU KERJA KERAS…Wong ketika menyampaikan ucapannya semasa Majlis Perasmian Pejabat Baharu SUPP Cawangan Dudong di Sibu, hari ini.

SIBU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menaruh harapan untuk menawan kerusi Parlimen Lanang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurut Pengerusi SUPP Cawangan Dudong, Wong Ching Yong, SUPP hanya memerlukan tambahan sekitar 10 peratus sokongan pengundi bagi memastikan kemenangan tersebut.

Menurutnya, analisis keputusan PRU 2018 dan 2022 menunjukkan trend peningkatan sokongan terhadap SUPP-GPS, walaupun kerusi itu masih dimenangi DAP.

“Peratusan sokongan DAP sebenarnya menurun, manakala sokongan kepada SUPP-GPS semakin meningkat. Dengan strategi tepat dan kerjasama cawangan, kita yakin tambahan 10 peratus cukup untuk meraih kemenangan,” katanya ketika merasmikan Pejabat Baharu SUPP Cawangan Dudong di sini, hari ini.

Wong menekankan usaha turun padang dan mendekati rakyat sebagai kunci untuk menarik lebih banyak sokongan, termasuk di kawasan luar bandar dan rumah panjang.

“Pendekatan berterusan dan mendengar masalah rakyat akan mengukuhkan keyakinan pengundi terhadap SUPP-GPS,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu.

DR Sim (dua kiri) menyampaikan plak Anugerah Sumbangan Sepanjang Hayat kepada salah seorang veteran SUPP pada Majlis Perasmian Pejabat Baharu SUPP Cawangan Dudong di Sibu, hari ini.

Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama antara tiga cawangan SUPP di Lanang – Dudong, Sibu Jaya dan Bukit Assek – bagi memastikan sasaran dicapai.

Mengulas pejabat baharu, Wong berkata lokasi baru di kawasan tinggi lebih selesa dan dijangka menjadi suntikan semangat kepada ahli SUPP untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada penderma dan penyokong yang menyumbang bagi memastikan kelangsungan operasi cawangan itu.

Hadir sama Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Sebastian Ting, beberapa ADUN serta pemimpin SUPP lain.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Pejabat baharu SUPP Dudong lambang kesinambungan khidmat rakyat – Dr Sim
Next: Wanita terkejut nampak buaya bersantai di Sungai Adong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.