Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • SUPP Piasau agih 350 bunga teluki sempena Hari Ibu
  • SEMASA

SUPP Piasau agih 350 bunga teluki sempena Hari Ibu

Utusan Sarawak 1 day ago
SELAMAT HARI IBU… Datuk Sebastian Ting Chiew Yew mengagihkan bunga teluki kepada para ibu di Pasar Open Air dan Unity Food Centre Miri, bersempena sambutan Hari Ibu hari ini. Foto UKAS.

MIRI: Pusat Khidmat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Piasau telah mengagihkan sebanyak 350 kuntum bunga teluki kepada para ibu di Pasar Open Air dan Unity Food Centre Miri, bersempena sambutan Hari Ibu hari ini.

Hadir mengetuai pengagihan bunga tersebut ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (Pelancongan), Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Ting berkata, pemberian bunga itu sebagai tanda menghargai jasa golongan ibu dan memberikan kegembiraan kepada kaum ibu yang hadir ke pasar tersebut.

“Kami ingin menyampaikan penghargaan kepada para ibu atas segala pengorbanan mereka. Semoga pemberian ini, walaupun kecil, membawa senyuman dan menceriakan sambutan Hari Ibu mereka hari ini,” katanya.

Ting turut mengambil kesempatan untuk menyantuni masyarakat setempat menerusi perkhidmatan Piasau Mobile Bee Service yang menyediakan pelbagai kemudahan kepada orang ramai dari 7.30 hingga 10.30 pagi.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk pendaftaran aduan awam, permohonan Kenyalang Gold Card, perkhidmatan S Pay Global, Sarawak ID, permohonan bantuan kewangan khas dan juga permohonan perkhidmatan ‘Senior Citizen Health Benefit’ (SCHB).

Oleh Liong Chai Ling

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Jalinkan kerjasama erat dengan agensi kerajaan tangani cabaran sektor pertanian
Next: Gempa bumi sederhana landa Utara Sumatera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.