Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SUPP Kuching anjur semula kaunter malam bantu pelajar, komuniti setempat
  • TEMPATAN

SUPP Kuching anjur semula kaunter malam bantu pelajar, komuniti setempat

Utusan Sarawak 2 days ago

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kuching sekali lagi akan menganjurkan Khidmat Kaunter Malam untuk Rakyat atas permintaan orang ramai.

Program ini akan berlangsung esok, dari 6.00 petang hingga 9.00 malam di Life Cafe, Jalan Padungan, Kuching.

Menurut jurucakap SUPP Cawangan Kuching, Wung, program bertujuan membantu lebih ramai pelajar institusi pengajian tinggi yang masih belum melengkapkan permohonan Elaun Sara Hidup Khas berjumlah RM1,200.

Selain itu, katanya, pelbagai perkhidmatan sokongan lain juga akan disediakan untuk kemudahan masyarakat setempat.

“Kaunter malam yang diadakan sebelum ini pada 8 Mei mendapat sambutan amat menggalakkan.

“Ramai pelajar, ibu bapa, serta penduduk setempat hadir bagi mendapatkan maklumat dan membuat permohonan.

“Dengan bantuan sukarelawan di lokasi, ramai yang berjaya menyelesaikan permohonan mereka.

“Warga emas dan golongan OKU turut mendapat manfaat daripada pelbagai khidmat bantuan yang disediakan.

“Melihat kepada maklum balas positif dan permintaan tinggi, terutama daripada mereka yang tidak dapat hadir sebelum ini kerana kekangan masa, kami memutuskan untuk menganjurkan satu lagi sesi kaunter malam,” jelasnya.

“Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk bantuan permohonan Elaun Sara Hidup Khas, surat wasiat untuk warga emas Kenyalang, pengesahan dokumen Kad Emas Kenyalang, pendaftaran OKU, serta sesi konsultasi undang-undang secara langsung di tapak,” katanya.

Pemohon digalakkan untuk menyediakan dokumen berikut lebih awal: salinan kad pengenalan pemohon dan ibu bapa, kad pelajar atau surat tawaran universiti, serta ID Sarawak.

Bagi ibu bapa yang bekerja dalam sektor awam atau mempunyai pekerjaan tetap, slip gaji terkini perlu dibawa.

Mereka yang menjalankan perniagaan pula, perlu mengemukakan Borang B (cukai pendapatan), manakala individu yang bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap harus membawa surat pengesahan pendapatan yang ditandatangani oleh Kapitan.

Untuk memudahkan urusan mereka yang kekurangan dokumen, ujarnya, pasukan sukarelawan SUPP juga akan membantu menyediakan dan mengeluarkan surat pengesahan yang diperlukan secara langsung di lokasi program.

SUPP Cawangan Kuching berharap inisiatif ini dapat memperluaskan akses kepada bantuan kerajaan, terutama bagi pelajar, serta meningkatkan kebolehcapaian masyarakat terhadap sumber sokongan yang sedia ada.

Orang ramai yang layak, terutamanya pelajar IPT, dijemput hadir dan memanfaatkan perkhidmatan yang disediakan pada malam tersebut.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Jalan Blue Lake Resort City ditutup sementara
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat SiADR, sokong usaha perkasa penyelesaian pertikaian alternatif di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.