Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SUPP harap UEC dipertimbangkan semula
  • TEMPATAN

SUPP harap UEC dipertimbangkan semula

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Stakan berharap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mempertimbangkan semula dan akan memberikan pengiktirafan kepada Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Sarawak sejak 2015.

Pengerusi SUPP Cawangan Stakan, Sim Kiang Chiok berkata, kerajaan Sabah juga telah mengiktirafnya pada 2019.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak mengiktiraf UEC kerana mahu membantu menghentikan pengaliran bijak pandai dengan kebanyakan Universiti Antarabangsa mengiktirafnya dan memberi biasiswa untuk pelajar UEC melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi di pelbagai negara.

“Pengiktirafan itu membantu mengekalkan mereka untuk belajar di universiti tempatan dengan pinjaman atau geran pelajar oleh kerajaan Sarawak.

“Perkhidmatan awam akan menggaji mereka yang mempunyai kelayakan UEC dan secara aktif merekrut graduan ini sejak 2015,” katanya.

Sim memberitahu, Kerajaan Sarawak mengetahui pentingnya pendidikan dalam bahasa Mandarin dalam konteks Malaysia akan membantu hubungan negara dengan China secara diplomatik dan yang lebih penting dalam ekonomi dan perdagangan.

“Kita perlu memiliki rakyat Sarawak yang baik dengan bahasa Mandarin dalam menangani China yang akan memberi kita kelebihan yang jauh lebih besar ketika berdagang dengan mereka.

“Sekarang China adalah kuasa ekonomi nombor dua dan akan menjadi nombor satu,” jelasnya.

Katanya lagi, kerajaan memberi pilihan kepada ibu bapa dan anak-anak mereka dalam pendidikan dan keupayaan untuk memilih pendidikan pilihan untuk anak-anak di Sarawak memberi lebih banyak kebebasan.

“Kerajaan kita juga menyokong sekolah menengah persendirian Cina dengan pemberian geran tahunan sejak tahun 2015  sebanyak RM4 juta dan meningkat RM1 juta setiap tahun. Geran terbaru berjumlah RM9 juta untuk 2020,” kata Sim.

Tambah Sim, kepelbagaian pendidikan itu merupakan aset dalam modal insan dan mesti dapat menangani semua negara penting di dunia sama ada dalam Bahasa Inggeris, Mandarin atau Bahasa Malaysia.

“Kerajaan Sarawak menepati janji untuk mengiktiraf UEC pada 2015 tidak seperti kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH) sebelumnya yang mengingkari janji mereka untuk mengiktiraf UEC,” ujarnya

Ujarnya, SUPP berharap Kerajaan Persekutuan Perikatan Nasional (PN) yang baharu akhirnya akan dapat mengiktiraf UEC.

“Pendidikan bahasa Mandarin adalah keperluan modal insan sekarang dan pertimbangan politik seharusnya tidak menjadikan negara ini ketinggalan dalam bidang pendidikan,” katanya.

Oleh Cheryl Law

Continue Reading

Previous: Lapangan terbang baharu Lawas di Sundar
Next: Hospital Miri cari waris pesakit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.