Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SUPP, Cawangan Bintulu perkukuh kesetiaan, pembangunan negeri
  • Utara
  • WILAYAH

SUPP, Cawangan Bintulu perkukuh kesetiaan, pembangunan negeri

Utusan Sarawak 3 days ago
JOHNNY Pang Leong Ming (lima kiri) bersama ahli SUPP Cawangan Bintulu mengibarkan bendera parti sempena sambutan ulang tahun ke-66 SUPP dan ke-63 SUPP Cawangan Bintulu hari ini.

BINTULU: Sambutan ulang tahun ke-66 Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan ulang tahun ke-63 SUPP Cawangan Bintulu diadakan dengan penuh semangat perjuangan, sebagai simbol kesetiaan dan komitmen parti terhadap rakyat serta pembangunan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, upacara menaikkan bendera bukan sekadar tradisi tetapi lambang kesatuan, nilai perjuangan, serta misi berterusan parti dalam memperjuangkan hak rakyat.

Katanya, SUPP ditubuhkan dalam keadaan yang mencabar, tanpa sumber atau kemudahan, namun dengan keyakinan yang kuat dan semangat tinggi untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Pengasas kita berjuang dengan penuh semangat dan ketekunan.

“Hari ini kita berada di sini menikmati keamanan dan pembangunan hasil pengorbanan mereka,” katanya semasa berucap pada majlis yang diadakan di pejabat SUPP Cawangan Bintulu di sini, hari ini.

Beliau menegaskan bahawa rakyat tidak memberikan kuasa kepada parti sewenang-wenangnya, sebaliknya memberi amanah dan tanggungjawab untuk dijunjung.

Menurutnya, sebagai parti teras dalam kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS), SUPP harus sentiasa merendah diri, kekal fokus dan terus bekerja demi kesejahteraan rakyat.

“Kita mesti sentiasa ingat bahawa kekuatan kita terletak pada perpaduan, dan masa depan kita bergantung kepada semangat sepasukan.

“SUPP tidak wujud untuk menikmati ganjaran, tetapi untuk terus menyumbang kepada pembangunan negeri,” ujarnya.

Beliau turut mengulangi pesanan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bahawa semua rakyat Sarawak adalah penting tanpa mengira latar belakang.

“Kita semua adalah anak Sarawak. Tiada siapa akan dipinggirkan.

“Semangat inilah yang perlu kita bawa ke hadapan iaitu untuk parti kita, negeri kita dan rakyat kita,” katanya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 300 Penduduk meriahkan Program ‘Ngabang’ Gawai Dayak
Next: Gawai eratkan hubungan masyarakat pelbagai generasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.