Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • SUPP cadang Kerajaan Persekutuan nilai semula sistem cukai negara
  • SEMASA

SUPP cadang Kerajaan Persekutuan nilai semula sistem cukai negara

Utusan Sarawak 22 hours ago
PENGERUSI SUPP Bawang Assan, Kaunselor Kelvin Lau (kiri) dan Pengerusi SUPP Cawangan Dudong, Wong Ching Yong (tiga kanan) menghadiahkan sekuntum bunga kepada wanita sempena Hari Ibu di Pasar Grand Height hari ini. Foto: Tarani Lanting

SIBU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mencadangkan Kerajaan Persekutuan untuk menilai semula sistem percukaian negara dengan mengembalikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) demi menjamin kestabilan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

Pengerusi SUPP Cawangan Dudong, Wong Ching Yong, berkata langkah kerajaan untuk memperluas skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula 1 Mei wajar dikaji semula kerana berpotensi meningkatkan kos pengeluaran industri dan seterusnya membebankan pengguna.

“Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada 9 April telah mengumumkan penangguhan tarif balas dendam selama 90 hari yang akan tamat pada 8 Julai. Bermula 9 Julai, produk eksport Malaysia ke AS akan dikenakan tarif setinggi 24 peratus.

“Ini akan memberi kesan besar kepada pelbagai industri, termasuk perabot, minyak sawit, mineral, panel solar dan banyak lagi pengeluar yang bergantung kepada pasaran eksport,” katanya semasa program Kopitiam Talk anjuran SUPP Dudong dan SUPP Sibu Jaya di Sibu, hari ini.

Wong menegaskan bahawa GST lebih berpotensi mewujudkan situasi menang-menang antara kutipan cukai dan kesejahteraan rakyat berbanding peluasan skop SST, dengan mencadangkan kadar permulaan GST ditetapkan pada dua peratus bagi memastikan keseimbangan antara keperluan fiskal kerajaan dan beban kos pengguna.

Menurutnya, GST adalah sistem cukai utama yang digunakan oleh kebanyakan negara Barat seperti United Kingdom, Perancis dan Australia serta banyak negara Asia, menjadikannya lebih mampan berbanding SST.

Beliau turut menekankan bahawa beberapa dasar yang dijangka dilaksanakan kerajaan persekutuan pada separuh kedua tahun ini, termasuk penghapusan subsidi petrol RON95 pada Jun, kenaikan tarif elektrik sebanyak 14.2 peratus pada 1 Julai, dan penghapusan penuh subsidi telur pada 1 Ogos, berpotensi meningkatkan kos perniagaan dan harga barangan.

“Walaupun tarif elektrik di Sarawak tidak akan terkesan, banyak barangan keperluan diimport dari Semenanjung Malaysia. Bila harga naik di sana, Sarawak pasti akan menerima tempiasnya,” jelasnya.

Justeru, Wong menyeru kerajaan persekutuan untuk mempertimbangkan semula atau menangguhkan sementara dasar-dasar ini demi kepentingan rakyat dan ekonomi negara.

Turut hadir Pengerusi SUPP Bawang Assan, Kaunselor Kelvin Lau.

Oleh Tarani Lanting

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Projek SSLR bakal ubah landskap pekan Medamit
Next: Ibu tunjang utama corak generasi berakhlak, berilmu – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.