
SIBU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bukit Assek akan menganjurkan Majlis Sambutan Perayaan Kuih Bulan 2025 pada 11 Oktober ini di tempat letak kereta hadapan Pusat Khidmat Bukit Assek, Jalan Tong Sang (Lorong 1) bermula 6.30 petang.
Pengerusinya, Datuk Chieng Buong Toon, berkata majlis berkenaan dijangka menarik penyertaan kira-kira 2,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat.
“Pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuk cabutan bertuah dengan enam hadiah utama serta pemberian 200 tanglung merah kepada kanak-kanak berusia bawah 12 tahun,” katanya pada sidang media di sini, hari ini,
Beliau berkata, antara hadiah utama cabutan bertuah ialah peti sejuk, telefon bimbit, mesin basuh, ketuhar gelombang mikro serta dua kipas angin.
Selain itu, penganjur turut menyediakan set makanan ringan untuk setiap tetamu yang hadir bagi memeriahkan suasana sambutan.
Chieng turut mengingatkan bahawa pemenang cabutan bertuah perlu hadir sendiri di tempat majlis dan menunjukkan MyKad bagi menuntut hadiah masing-masing.
Menurut beliau, sambutan yang diadakan sempena Perayaan Pertengahan Musim Luruh itu bertujuan mengeratkan hubungan antara masyarakat berbilang kaum di kawasan Bukit Assek.
Orang ramai yang berminat untuk menyertai majlis berkenaan digalakkan mendaftar lebih awal dengan menghubungi talian 084-313566 bagi tujuan penyelarasan.
Oleh Tarani Lanting