Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SUPP Bawang Assan sumbang kerusi roda kepada warga emas
  • Tengah
  • WILAYAH

SUPP Bawang Assan sumbang kerusi roda kepada warga emas

Utusan Sarawak 1 day ago
PRIHATIN… Kevin menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada Satu Brundang di Rumah Abell Mang, Bawang Assan pada Khamis lalu.

SIBU: Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan, Kaunselor Kevin Lau tampil menyerahkan sebuah kerusi roda kepada seorang warga emas, Satu Brundang dari Rumah Abell Mang, Bawang Assan pada Khamis lalu.

Menurut Lau, Satu kini sedang menjalani rawatan dialisis dan menghadapi kesukaran untuk bergerak ke pusat rawatan.

Selain itu, katanya, Satu juga menghidap penyakit jantung dan sedang menunggu tarikh untuk menjalani pemeriksaan lanjut di Kuching.

“Ahli keluarga beliau telah menghubungi Kaunselor Johnny Ganing untuk mendapatkan bantuan dan permintaan ini telah dilanjutkan kepada pihak kami di SUPP Cawangan Bawang Assan.

“Hasil kerjasama ini, kami berjaya menyalurkan sumbangan sebuah kerusi roda sebagai usaha membantu meringankan beban mereka,” katanya.

Kevin berharap sumbangan tersebut dapat membantu meringankan beban harian beliau, khususnya bagi memudahkan urusan pergerakan dan rawatan susulan yang perlu dijalani secara berkala.

“Pemberian ini adalah mengikut kemampuan kami dan dilakukan atas semangat prihatin kepada masyarakat.

“Kami berharap sumbangan ini memberi kemudahan kepada keluarga dalam penjagaan harian serta menyuntik semangat positif kepada Satu untuk terus kuat menghadapi cabaran kesihatan,” kata beliau.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tanjung Manis tarikan unik pemancing dan pencinta alam
Next: Gereja St. Francis Xavier destinasi pertama Jelajah Kayuhan Sihat Borneo 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.