Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SUPP Bawang Assan lancar program khidmat masyarakat pertama 2026
  • Tengah
  • WILAYAH

SUPP Bawang Assan lancar program khidmat masyarakat pertama 2026

Utusan Sarawak 5 hours ago
SUPP Bawang Assan Lancar Program Khidmat Masyarakat Pertama 2026.

SIBU: Sayap Belia Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan memulakan program khidmat masyarakat pertamanya bagi 2026 dengan mengadakan lawatan kebajikan ke Sibu Benevolent Society, semalam.

Program tersebut diketuai oleh Ketua Sayap Belia SUPP Cawangan Bawang Assan, Kapitan Chew Hoo Kiong, bersama Setiausaha Sayap Belia, Kaunselor Yong Ing Hock serta Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Tang Sieu Hung. 

Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan, Kaunselor Kevin Lau Kor Jie menyatakan harapan agar Sayap Belia di bawah kepimpinan Chew akan terus mengambil berat terhadap masyarakat dan berkhidmat kepada rakyat.

“SUPP cawangan Bawang Assan akan terus mengekalkan hubungan rapat dengan komuniti melalui pelbagai aktiviti kebajikan dan khidmat masyarakat, serta bekerjasama untuk menyebarkan lebih banyak tenaga dan nilai positif kepada masyarakat,” katanya.

Terdahulu, Lau menyaksikan majlis penyerahan sumbangan sempena lawatan itu.

Sementara itu, wakil Sibu Benevolent Society menyuarakan harapan agar pertubuhan itu terus menerima perhatian dan sokongan yang lebih besar daripada orang ramai, khususnya dalam memenuhi perbelanjaan operasi berterusan serta keperluan asas material.

Beliau juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sayap Belia SUPP Cawangan Bawang Assan atas lawatan dan sumbangan yang diberikan, sambil menyatakan bahawa inisiatif tersebut bukan sahaja memberikan bantuan, malah membawa semangat kepada para penghuni serta kakitangan persatuan.

Sepanjang lawatan, ahli sayap belia memperoleh pemahaman yang lebih mendalam mengenai operasi harian persatuan berkenaan serta keperluan semasanya, di samping menyerahkan sumbangan berupa barangan keperluan harian dan bekalan makanan.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Remaja warga Indonesia dikhuatiri lemas di Sebuyau, operasi SAR digerakkan
Next: Paras air menurun di beberapa kawasan Lawas, PPS Trusan diaktifkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.