POIENITA VOINII: Petani Sorin Tuza menghela nafas lega ketika seorang doktor dan dua jururawat yang menawarkan suntikan Covid-19 mengetuk pintunya di sebuah kampung terpencil di pergunungan Carpathian di Romania.
“Saya bersyukur mereka datang sejauh ini,” kata Tuza, seorang penghidap diabetes buta yang menghabiskan dua minggu di hospital setelah dijangkiti penyakit itu beberapa bulan lalu.
“Penyakit ini bukan guraun,” kata wanita berusia 45 tahun itu yang menetap di Poienita Voinii,
Walaupun sakit, isteri Tuza Mirela masih tidak percaya virus itu ada tetapi dengan berat hati setuju untuk diberi vaksin.
Doktor Stefan Repede yang menghabiskan satu jam di jalan gunung untuk mencapai penduduk desa sekitar 40 orang mengkoordinasikan projek tersebut untuk pemvaksinan di daerah terpencil di daerah tengah Hunedoara di Transylvania.
“Warga kota mendapat vaksin bila-bila masa, tetapi bagaimana mereka yang berada di luar bandar terpencil?,” ujar doktor yang berusia 64 tahun sambil menambah bahawa dia memerangi anti-vaksin selama 33 tahun tahun.
“Daerah Hunedoara diliputi 70 peratus kawasan gunung sehingga kami berusaha menjangkau mereka yang tidak dapat mengakses platform janji temu atau pergi ke pusat vaksinasi. Sejauh ini ia berjaya,” kata Ketua Daerah, Hunedoara Calin-Petru Marian.
Lebih daripada 3.8 juta orang di antara populasi Romania yang berjumlah 19 juta telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 setakat ini.
Selain itu, kerajaan juga melaksanakan ‘maraton vaksinasi’ dan pandu lalu dibuka 24/7 sebagai tambahan dalam talian dan sistem temu janji telefon dilaksanakan setakat ini.
“Romania berhasrat menyuntik lima juta orang penduduknya pada akhir Mei ini,’ ujar pakar sambil memberitahu usaha itu adalah mustahil berdasarkan situasi semasa.
Sejak awal wabak ini, Romania mencatatkan hampir 30,000 kematian.
“Fasa yang paling sukar adalah mencapai kawasan di mana orang Romawi tidak memiliki akses ke perkhidmatan perubatan,” kata Beatrice Mahler, pengurus sebuah hospital di Bucharest, kepada AFP.
“Kami memiliki sejumlah penduduk yang mana mereka tidak berpendidikan dan mesej yang kami kirim melalui stesen televisyen bahkan tidak dipahami,” ujar Beatrice.
Hanya sebilangan daripada 41 daerah di Romania yang mengetahui pelaksanaan Projek Karavan Vaksinasi Hunedoara.
Oleh kerana ramai doktor bekerja di luar negara, Romania berada di belakang kebanyakan negara Kesatuan Eropah (EU) yang lain dari segi jumlah doktor berlesen bagi setiap 100,000 penduduk, menurut data Eurostat, defisit yang paling teruk di kawasan luar bandar.
Poienita Voinii dan jirannya, Bunila adalah di antara lebih dari 210 kampung di seluruh negara yang tidak mempunyai pengamal am di lokasi, menurut laporan ombudsman Romania baru-baru ini.
Di Bunila, penduduk desa Ionel Preda tidak memerlukan pujukan daripada Dr. Repede dan pasukannya ketika mereka tiba.
“Saya mahukan vaksin sejak awal. Dan sekarang saya sangat gembira,” kata wanita berusia 72 tahun itu. -AFP