Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sumbangan kerajaan sokong keperluan asas penerima JKM
  • TEMPATAN

Sumbangan kerajaan sokong keperluan asas penerima JKM

Utusan Sarawak 4 hours ago
PEMANCA Chan Phan Chan menerima cenderamata daripada Nurin Chunggat.

SARIKEI: Keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terus diperkasa menerusi penyampaian sumbangan sempena Tahun Baharu Cina (TBC).

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Sarikei Dato’ Sri Huang Tiong Sii, berkata majlis tersebut menjadi salah satu inisiatif yang mampu membantu golongan kurang berkemampuan, khususnya dalam meringankan beban kewangan menjelang persediaan menyambut TBC yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Majlis ini merupakan platform yang baik untuk mempromosikan kebudayaan masyarakat Tionghua di Daerah Sarikei dengan adanya tarian singa dan persembahan kebudayaan, di samping menyemarakkan perpaduan pelbagai kaum.

“Masyarakat berbilang kaum dapat berkumpul dan bergaul secara santai, sekali gus menggalakkan perkenalan dan pengeratan hubungan.

“Dengan adanya pendedahan kepada keunikan budaya lain, kita dapat saling memahami, menghargai dan menghormati, melihat kepelbagaian sebagai kekuatan yang mengukuhkan lagi identiti budaya tempatan kita,” katanya.

TETAMU jemputan menggaul ‘Yee Sang’ sebagai simbolik perasmian majlis Sejambak Kasih TBC 2026.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh wakilnya, Pemanca Chan Phan Chan di majlis Sejambak Kasih TBC 2026, bertempat di Dewan Serbaguna, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Sarikei, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok berkata sumbangan yang diterima adalah hasil usaha dan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan penerima bantuan JKM, khususnya dalam membantu mereka membuat persediaan menyambut perayaan bersama keluarga.

“Saya berharap, sumbangan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya, khususnya untuk keperluan asas harian dan juga sedikit persediaan untuk menyambut perayaan TBC bersama keluarga tercinta.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Chai dan semoga tahun ini kita dilimpahkan dengan rezeki yang berterusan,” katanya.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti yang juga ADUN Saribas, Datuk Mohammad Razi Sitam; wakil Pengarah JKM Sarawak, Nurin Chunggat; Residen Sarikei, Datu Michael Ronnie Langgong dan wakil Pegawai Daerah Sarikei, Seah Han Rong.

Oleh Earl Anek

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pusat Perubatan Rejang baharu pacu akses kesihatan, pelancongan perubatan wilayah tengah Sarawak
Next: Operasi Pencegahan Jenayah diperhebat di Bau menjelang Tahun Baharu Cina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.