Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sumbangan Gawai eratkan perpaduan
  • Utara
  • WILAYAH

Sumbangan Gawai eratkan perpaduan

Utusan Sarawak 3 days ago
SIMBOLIK… Pemanca Randie Bundan mewakili Datuk Gerawat Gala menyerahkan sumbangan Gawai kepada Tuai Rumah Mulin Kerbau A.

MARUDI: Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Pemantauan Buruh, Imigresen dan Projek) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala telah menyampaikan sumbangan Gawai kepada 48 Tuai Rumah di kawasan Poyut/Lubok Nibong.

Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh wakil beliau, Pemanca Randie Bundan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu, hari ini.

Dalam perutusannya, Gerawat mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada semua Tuai Rumah di kawasan berkenaan, serta berharap agar sambutan tahun ini dapat mengeratkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Beliau turut menyarankan agar Tuai Rumah dan penduduk di kawasan Poyut–Lubok Nibong terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Hanya GPS yang mampu membawa kemajuan dan perubahan positif kepada rakyat dan kawasan masing-masing,” katanya.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM berjaya tangkap ular bersembunyi dalam dinding rumah
Next: MBKS Mayor urges illegal hawkers to apply for MyKiosk or face action

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.