Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sumbangan Aidiladha semarakkan semangat kebersamaan
  • Tengah
  • WILAYAH

Sumbangan Aidiladha semarakkan semangat kebersamaan

Utusan Sarawak 14 hours ago
UNTUK KENANGAN…. Ambrose (berdiri, lapan kiri) merakam kenangan pada majlis Penyerahan Daging Korban dan Bantuan Mangsa Banjir Kapit 2025 di Dewan Komuniti Kampung Baru.

KAPIT: Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk Jefferson Jamit Unyat menyumbang tiga ekor lembu korban kepada penduduk sempena Aidiladha di sini, semalam.

Antara kampung yang menerima daging korban itu ialah Kampung Baru Kapit, Kampung Muhibbah Kapit dan Kampung Bestari Kapit.

Hadir mewakili Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit menyempurnakan majlis Penyerahan Daging Korban dan Bantuan Mangsa Banjir Kapit 2025 di Dewan Komuniti Kampung Baru itu ialah Setiausaha Politik beliau, Ambrose Abong Bugek.

Sumbangan itu memberi sinar kegembiraan kepada penerima dan menyemarakkan semangat kebersamaan sempena Aidiladha.

Sempena majlis itu bantuan untuk penduduk yang terjejas akibat banjir juga turut diserahkan sebagai tanda keperhatinan dan sokongan kepada mangsa.

Selain meringankan beban, majlis seperti ini juga penting dalam memperkukuh silatulrahim dan semangat bergotong-royong kalangan masyarakat.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek air diperluas, fokus kepada kehilangan air
Next: 34 rumah panjang di DUN Nangka bakal diperbaiki, penambahbaikan di bahagian ruai, tanju

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.