Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sultan Selangor pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja
  • SEMASA

Sultan Selangor pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Utusan Sarawak 2 days ago

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Raja-Raja yang ke- 269 di Istana Negara di sini hari ini. Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269, yang berlangsung di Istana Negara hari ini.

Turut berangkat ke mesyuarat itu ialah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Turut berangkat, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim dan Tengku Arif Bendahara Pahang Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.

Mesyuarat turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Ali Rustam, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib.

Mesyuarat itu turut dihadiri Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri serta wakil premier Sarawak.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pramesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 di Istana Negara.

Kali terakhir mesyuarat berkenaan diadakan pada 5 Februari, dipengerusikan Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.– Bernama

Continue Reading

Previous: Sarawak di landasan tepat kuasai teknologi hijau dan AI – Abang Johari
Next: Ahmad Johnie dilantik sebagai Ahli FOM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.