Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan Selamat Hari Gawai, Pesta Kaamatan
  • SEMASA

Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan Selamat Hari Gawai, Pesta Kaamatan

Utusan Sarawak 3 days ago
SULTAN Pahang, Tengku Ampuan zahirkan ucapan Facebook Kesultanan Pahang Selamat Hari Gawai dan Pesta Kaamatan kepada masyarakat Sabah dan Sarawak, Foto Facebook Kesultanan Pahang.

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan Selamat Hari Gawai dan Pesta Kaamatan kepada masyarakat Sabah dan Sarawak yang meraikannya.

Pesta Kaamatan dan Hari Gawai adalah lambang kekayaan warisan budaya serta semangat kesyukuran atas rezeki hasil tuaian serta sambutannya memperlihatkan betapa tingginya nilai perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

“Ia juga merupakan usaha memelihara dan memartabatkan budaya serta adat resam nenek moyang yang menjadi khazanah warisan negara.

Semangat gotong-royong, kesatuan dan saling menghormati yang terpancar dalam sambutan ini wajar dijadikan contoh kepada seluruh rakyat Malaysia dalam memperkukuh semangat kebangsaan dan keharmonian.

“Semoga sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai pada tahun ini disambut dengan penuh kegembiraan, namun tetap memelihara nilai kesederhanaan dan keselamatan. Marilah kita bersama-sama berdoa agar negara terus dikurniakan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang berpanjangan,” menurut hantaran di laman Facebook Kesultanan Pahang. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pelihara budaya, kekalkan perpaduan – Tun Wan Junaidi
Next: Potensi getah lateks tinggi, RISDA perkukuh sokongan pekebun kecil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.