Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang terpesona saksikan teater ‘Rentap – Battle of Bukit Sadok’
  • SEMASA

Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang terpesona saksikan teater ‘Rentap – Battle of Bukit Sadok’

Utusan Sarawak 16 hours ago
SULTAN Pahang dan Tengku Ampuan Pahang merakamkan gambar kenangan selepas pementasan teater ‘Rentap – Battle of Bukit Sadok’ semasa mencemar duli ke Kampung Budaya Sarawak hari ini. Foto UKAS

SANTUBONG: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, terpesona dengan pementasan teater ‘Rentap – Battle of Bukit Sadok’ semasa mencemar duli ke Kampung Budaya Sarawak hari ini.

Persembahan tersebut mengisahkan perjuangan pahlawan Iban terkenal, Rentap dalam menentang penjajahan Brooke pada abad ke-19 yang menjadi simbol keberanian dan semangat juang menentang penjajahan di Sarawak.

Persembahan dramatik itu menonjolkan semangat keberanian dan jati diri masyarakat Iban dalam mempertahankan tanah air mereka dengan legasi Rentap terus hidup hingga hari ini sebagai lambang penentangan dan semangat perjuangan rakyat Sarawak yang tidak pernah luntur.

Seri Paduka berdua kelihatan terpesona dengan pementasan tersebut, malah Tengku Ampuan Pahang turut merakam detik persembahan menggunakan telefon bimbit sebagai kenangan.

SULTAN Pahang turut berkenan menyumpit ketika di Pondok Penan di mana berjaya meletupkan beberapa belon yang mendapat sorakan para hadirin DI Kampung Budaya Sarawak hari ini. Foto UKAS

Persembahan teater itu merupakan antara acara kemuncak sempena lawatan diraja Pahang ke Kampung Budaya Sarawak, sebelum Seri Paduka berdua berkenan mencemar duli ke Regata Sarawak 2025 pada sebelah petang.

Terdahulu, keberangkatan tiba Seri Paduka berdua pada sekitar 10.00 pagi disambut dengan Persembahan Tarian Selamat Datang di pintu masuk utama yang menampilkan keunikan gerak tari masyarakat pelbagai etnik di Sarawak.

Seri Paduka berdua seterusnya berkenan menghadiri lawatan berpandu ke empat rumah etnik utama iaitu Rumah Baruk Bidayuh, Rumah Panjang Iban, Pondok Penan dan Rumah Panjang Orang Ulu di mana setiap lokasi menampilkan aktiviti budaya tradisi masyarakat masing-masing.

Menarik perhatian, Sultan Pahang turut berkenan menyumpit ketika di Pondok Penan di mana berjaya meletupkan beberapa belon yang mendapat sorakan para hadirin.

SULTAN Pahang dan Tengku Ampuan Pahang semasa mencemar duli ke Kampung Budaya Sarawak hari ini. Foto UKAS

Selepas itu, rombongan diraja meneruskan lawatan berpandu menggunakan buggy untuk melalui Rumah Tinggi Melanau, Rumah Melayu dan Rumah Cina sambil diiringi penerangan berkaitan seni bina dan amalan tradisi setiap komuniti.

Usai persembahan teater, Seri Paduka berdua berangkat ke Budaya Restoran untuk santapan tengah hari bertemakan ‘Highlander Etnik Sarawak’, yang mengetengahkan hidangan istimewa seperti nasi bario, sayur paku masak belacan, ‘abbeg arur layun’ (daging cincang), manok pansoh dan pelbagai juadah tradisional masyarakat tanah tinggi Sarawak.

Mengiringi Seri Paduka berdua, anak kepada Premier Sarawak Dayang Norjihan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Mohammad Razi Sitam, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni dan tetamu kehormat lain.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri termasuk Sarawak petang ini
Next: Ribut petir, hujan lebat dijangka landa hampir seluruh negara malam ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.