Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang akhiri lawatan rasmi empat hari di Sarawak
  • SEMASA

Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang akhiri lawatan rasmi empat hari di Sarawak

Utusan Sarawak 10 hours ago
SULTAN Pahang, Tengku Ampuan Pahang akhiri lawatan rasmi empat hari di Sarawak. Foto UKAS

KUCHING: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj mengakhiri lawatan rasmi selama empat hari di Kuching sejak berangkat tiba di Bumi Kenyalang pada Jumaat lepas.

Ketibaan Baginda berdua sekitar 11.00 pagi di Terminal Orang Kenamaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) disambut oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta dif kenamaan lain.

Seri Paduka berdua berangkat pulang ke Pangkalan Udara Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Kuantan pada sekitar 11.35 pagi.

Hadir sama, anak kepada Premier Sarawak Dayang Norjihan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Dr Jerip Susil, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam serta dif kenamaan lain.

SULTAN Pahang, Tengku Ampuan Pahang akhiri lawatan rasmi empat hari di Sarawak. Foto UKAS

Sepanjang empat hari, Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang telah melihat pelbagai kraf tangan serta menikmati kepelbagaian budaya unik di Sarawak dalam usaha memperkukuhkan kerjasama dalam sektor industri kraf, pelancongan dan pemuliharaan warisan budaya.

Lawatan Seri Paduka berdua yang bermula dengan mencemar duli Ke Majlis Malam Mesra Sarawak-Pahang bagi mengeratkan lagi hubungan baik antara kedua-dua negeri yang terjalin erat sejak sekian lama.

Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang turut berkenan mencemar duli ke Seri Gedong Songket pada Sabtu lalu bagi melihat sendiri proses tenunan songket Sarawak yang kian popular di Semenanjung Malaysia.

Ini diteruskan lagi dengan lawatan Tengku Ampuan Pahang yang mencemar duli ke Penjara Puncak Borneo, Tengku Ampuan memuji kualiti tenunan songket prospek di samping turut berkenan mencipta corak motif songket khas yang menggabungkan elemen motif Pahang dan Sarawak, menjadi simbol penyatuan seni kraf tangan kedua-dua negeri.

Pada sebelah malam pula, Seri Paduka berdua turut berkenan menyempurnakan Festival Gendang Sarawak 2025 untuk menyaksikan pertandingan bermukun serta pelbagai persembahan kebudayaan yang menampilkan keunikan seni tradisi masyarakat Sarawak dan Pahang.

SULTAN Pahang, Tengku Ampuan Pahang akhiri lawatan rasmi empat hari di Sarawak. Foto UKAS

Pada Ahad pagi, Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang berkenan mencemar duli ke Kampung Budaya Sarawak dan melihat sendiri keunikan budaya dan warisan pelbagai kaum di Sarawak dengan melawat empat rumah etnik utama iaitu Baruk Bidayuh, Rumah Panjang Iban, Pondok Penan dan Rumah Panjang Orang Ulu di mana setiap lokasi menampilkan aktiviti budaya tradisi masyarakat masing-masing.

Seri Paduka berdua juga berkenan menyaksikan pementasan teater ‘Rentap – Battle of Bukit Sadok’ yang menceritakan mengenai pejuang tersohor Iban iaitu Rentap dalam perjuangan menentang penjajah British pada abad ke-19.

Pada sebelah petang, Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang mencemar duli ke Majlis Penangguhan Regata Sarawak 2025 yang berkenan menyaksikan perlumbaan akhir regata serta turut mengurniakan hadiah kepada pemenang.

Seri Paduka berdua seterusnya turut mencemar duli ke Festival Kraf Borneo Sarawak 2025 yang diadakan sempena Regata Sarawak 2025 bagi melihat hasil kraf tangan yang dijual di sana.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Abang Johari dianugerah pingat The Order of the Rising Sun
Next: Pesta Meradong bakal digegar dengan Perlumbaan Bot Laju Bintangor 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.