Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sultan Pahang, Tengku Ampuan lepas rindu bertemu Missclyen, anak angkat dari Bintulu
  • SEMASA

Sultan Pahang, Tengku Ampuan lepas rindu bertemu Missclyen, anak angkat dari Bintulu

Utusan Sarawak 2 days ago
SULTAN Pahang, Tengku Ampuan berdua ke Sarawak, wajah ceria dan penuh kasih jelas terpancar apabila mereka kembali bertemu Missclyen dan keluarganya di Commons, The Old Court House, Jalan Tun Haji Openg, semalam. Foto Kesultanan Pahang

KUCHING: Pertemuan kali pertama ketika Kembara Kenali Borneo 2023 meninggalkan kesan mendalam di hati Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj terhadap seorang kanak-kanak istimewa, Missclyen Roland.

Kanak-kanak perempuan dari Bintulu itu menghidap penyakit Hypertrichosis atau Sindrom Werewolf, yang menyebabkan pertumbuhan bulu lebat pada wajah dan tubuh serta dilahirkan tanpa lubang hidung.

SULTAN Pahang, Tengku Ampuan berdua ke Sarawak, wajah ceria dan penuh kasih jelas terpancar apabila mereka kembali bertemu Missclyen dan keluarganya di Commons, The Old Court House, Jalan Tun Haji Openg, semalam. Foto Kesultanan Pahang

Tersentuh dengan keadaan Missclyen, Seri Paduka berdua pada pertemuan tahun lalu telah mengambilnya sebagai anak angkat dan menanggung sepenuhnya kos perubatan serta persekolahan kanak-kanak itu sebagai tanda kasih dan keprihatinan.

Hari ini, sempena lawatan empat hari Seri Paduka berdua ke Sarawak, wajah ceria dan penuh kasih jelas terpancar apabila mereka kembali bertemu Missclyen dan keluarganya di Commons, The Old Court House, Jalan Tun Haji Openg di sini, semalam.

–Kesultanan Pahang

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tangani isu buli sebelum lebih banyak nyawa terkorban
Next: Tengku Ampuan Pahang cadang tubuhkan Institut Songket Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.