Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Sultan Pahang kurnia sumbangan kepada waris anggota TUDM lemas di Padawan 
  • NASIONAL

Sultan Pahang kurnia sumbangan kepada waris anggota TUDM lemas di Padawan 

Utusan Sarawak 3 days ago
Jenazah Allahyarham Muhammad Daniel tiba di Pangkalan Udara Kuantan kira-kira 6 petang dan dibawa pulang ke rumah di Felda Keratong 08, Muadzam Shah, Rompin. Foto Ihsan FB Kesultanan Pahang.

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan sumbangan kepada waris anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Allahyarham Laskar Udara 1, Muhammad Daniel Khairul Azha yang lemas di Air Terjun Giam, Jalan Puncak Borneo, Padawan, Sarawak, semalam.

Kesultanan Pahang menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan sumbangan itu disampaikan oleh Pengelola Bijaya Diraja Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya kepada bapa Allahyarham, Khairul Azha Osman di Pangkalan Udara Kuantan di sini, petang tadi.

Jenazah Allahyarham tiba di Pangkalan Udara Kuantan kira-kira 6 petang tadi untuk dibawa pulang ke rumah di Felda Keratong 08, Muadzam Shah, Rompin. 

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Keratong 08 mengikut istiadat ketenteraan malam tadi.

Muhammad Daniel berkhidmat di Cawangan Bomba Pangkalan Udara Kuching, Sarawak.– BERNAMA 

Continue Reading

Previous: Budi95: JPJ bagi masa perbaharui lesen, tambah waktu operasi kaunter
Next: Banjir di Sarawak mereda, Sabah pulih sepenuhnya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.