Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sultan Pahang kembali ke Sarawak selepas Kembara Borneo 2023
  • TEMPATAN

Sultan Pahang kembali ke Sarawak selepas Kembara Borneo 2023

Utusan Sarawak 17 hours ago
SAMBUT KETIBAAN… Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyambut ketibaan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar Al-Haj di Terminal Orang Kenamaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK). Foto UKAS

KUCHING: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar Al-Haj selamat berangkat tiba di Terminal Orang Kenamaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini bagi memulakan lawatan rasmi empat hari di sini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua pada 12.10 tengah hari disambut oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir menyambut keberangkatan tiba ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam, serta beberapa dif kenamaan lain.

Selesai majlis doa selamat ringkas di LTAK, Seri Paduka berdua berkenan berangkat ke Masjid Darul Barakah, Taman Satria Jaya BDC bagi menunaikan solat Jumaat bersama jemaah setempat.

Keberangkatan ini merupakan kunjungan rasmi pertama Seri Paduka berdua ke Sarawak sejak program Kembara Borneo 2023, semasa Al-Sultan Abdullah memegang tampuk pemerintahan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Sepanjang lawatan rasmi ini, Seri Paduka berdua dijadual berangkat mencemar duli ke pelbagai acara rasmi dan kebudayaan di sini.

Pada malam ini, Seri Paduka berdua dijangka berangkat ke majlis Malam Mesra Sarawak–Pahang di Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak, manakala esok, akan berangkat ke Kampung Kanchong Baru, Gedong bagi meninjau kegiatan tenunan di Seri Gedong Songket.

Al-Sultan Abdullah seterusnya dijadual mencemar duli ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh, sementara Tengku Ampuan Pahang akan berangkat ke Kompleks Songket Sri Kenyalang di Penjara Puncak Borneo.

Pada sebelah malam, Seri Paduka berdua akan berkenan berangkat ke Tebingan Sungai Kuching bagi menghadiri majlis Perasmian Festival Gendang Sarawak 2025, yang turut menampilkan pertunjukan Air Pancut Muzikal dan bunga api.

Pada Ahad, Seri Paduka berdua dijadual berangkat ke Kampung Budaya Sarawak sebelum mencemar duli ke majlis Penangguhan Regata Sarawak 2025 serta Festival Kraf Borneo Sarawak 2025.

Seri Paduka berdua dijangka berangkat pulang ke Pahang Darul Makmur pada Isnin menerusi LTAK ke Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan. — UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Mahkamah Rayuan benarkan Rosmah simpan passport selama tiga bulan
Next: Menteri Besar Pahang mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.