Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sultan Pahang berkenan ziarah pusara Tun Abdullah di Makam Pahlawan
  • SEMASA

Sultan Pahang berkenan ziarah pusara Tun Abdullah di Makam Pahlawan

Utusan Sarawak 19 hours ago
SULTAN Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengaminkan doa ketika menziarahi pusara Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi di Makam Pahlawan Masjid Negara, di sini hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan menziarahi pusara Perdana Menteri kelima Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Makam Pahlawan, Masjid Negara.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah meluangkan masa kira-kira 45 minit bermula 10.30 pagi dengan menyertai bacaan tahlil diketuai Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni sebelum menabur bunga serta menyiram air mawar di atas pusara Allahyarham.

Baginda berdua diiringi anak Allahyarham iaitu Tan Sri Kamaluddin dan Nori.

Selesai menziarahi pusara Abdullah, baginda berdua menziarahi serta menabur bunga pada pusara bekas pemimpin negara lain yang turut disemadikan di Makam Pahlawan.

Pemimpin berkenaan termasuk Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Abdul Ghafar Baba dan Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Abdullah yang mesra disapa ‘Pak Lah’, meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada 7.10 malam, 14 April lepas pada usia 85 tahun.

Beliau memegang jawatan Perdana Menteri dari 31 Okt 2003 hingga 3 April 2009, meninggalkan legasi yang besar dalam pembangunan negara termasuk inisiatif seperti Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), program J-QAF (Jawi, Al-Quran, Arab, Fardu Ain) serta industri halal.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: TPM Ahmad Zahid, Fadillah ucap selamat Hari Guru kepada warga pendidik
Next: 32 guru cemerlang sertai program pendidikan antarabangsa di UK menerusi GIFT

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.