Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sultan Nazrin zahir dukacita pemergian Tun Abdullah, bendera Perak dikibar separa tiang
  • SEMASA

Sultan Nazrin zahir dukacita pemergian Tun Abdullah, bendera Perak dikibar separa tiang

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SULTAN Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan Titah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama, Tahun Ketiga Dewan Negeri Yang Kelima Belas di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim. FotoBERNAMA

IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak menzahirkan dukacita dan ucapan takziah atas pemergian Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi, malam tadi.

Baginda menzahirkan ucapan berkenaan ketika titah ucapan Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Berikutan itu, baginda menitahkan supaya bendera Perak dikibarkan separa tiang pada hari ini, menandakan rasa sedih dan dukacita rakyat dan negeri ini.

“Beta bersama Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Dewan hari ini dan seluruh rakyat di Perak menzahirkan rasa dukacita atas kembalinya ke Rahmatullah Tun Abdullah Ahmad Badawi dan menzahirkan ucapan takziah kepada Tun Jean Abdullah dan keluarga Allahyarham. 

“Semoga roh Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dilimpahi rahmat ihsan Ilahi, ditempatkan dalam kalangan roh para solihin,” titah baginda.

Abdullah, 85, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara pada 7.10 malam.

Dilahirkan pada 26 November 1939 di Bayan Lepas, Pulau Pinang, beliau merupakan Ahli Parlimen Kepala Batas dari 1978 hingga 2008 dan Perdana Menteri dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009, berikutan peletakan jawatan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pemergian Tun Abdullah satu kehilangan besar buat negara – Lee
Next: Tun Abdullah pemimpin berjiwa besar, utamakan negara – Tun Dr Mahathir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.