Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Sultan Nazrin berkenan pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-267
  • NASIONAL

Sultan Nazrin berkenan pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-267

Utusan Sarawak 7 months ago
YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim (kanan) berkenan berbual dengan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah sebelum Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-267 di Istana Negara, hari ini. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-267 di Istana Negara, hari ini.

Berangkat sama pada mesyuarat yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini itu ialah  Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir turut berangkat ke mesyuarat berkenaan.

Turut berangkat ialah Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra. 

Mesyuarat turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat MRR ke-267 di Istana Negara. 

Kali terakhir mesyuarat MRR diadakan adalah pada 17 Julai lepas selama dua hari yang dipengerusikan oleh Tuanku Muhriz. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib dikurnia gelaran Profesor Diraja
Next: Kajian empirikal asing peranan AG, Pendakwa Raya akan ambil masa – Azalina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.