Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sultan Nazrin berkenan lawat anggota FRU dirawat di HTI, santuni waris
  • SEMASA

Sultan Nazrin berkenan lawat anggota FRU dirawat di HTI, santuni waris

Utusan Sarawak 1 day ago
SULTAN Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat melawat anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang dirawat di Hospital Teluk Intan hari ini. Pada 13 Mei lalu, sembilan anggota FRU dari Unit 5 di Sungai Senam, Ipoh maut, dua parah manakala tujuh lagi cedera apabila kenderaan pasukan dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, pada 8.50 pagi semasa mereka dalam perjalanan pulang ke pangkalan selepas tamat tugas. FOTO BERNAMA

TELUK INTAN: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menziarahi dan menyantuni anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terbabit dalam kemalangan maut di sini Selasa lepas.

Keberangkatan tiba baginda pada 11.00 pagi di Hospital Teluk Intan disambut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Pengarah Kesihatan Perak Dr Feisul Idzwan Mustapha, Pengarah Hospital Teluk Intan Dr Khairul Baharin Mohd Baharuddin, Timbalan Ketua Polis Perak DCP Zulkafli Sariaat dan Ahli Dewan Negara Perak Tan Sri Mohd Annuar Zaini.

Sultan Nazrin berkenan melawat empat anggota yang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan iaitu Koperal Haslizal Mohd Ali, 44; Sarjan Mazlan Mat, 50; Koperal Mohd Izwan Ishak, 39; Sarjan Mohd Parih Ali, 44 dan seorang anggota dirawat di wad biasa Muhammad Zulnaidi Muhammad Zulkifli, 34.

Baginda kemudian berkenan menyantuni ahli keluarga anggota yang berada di hospital itu serta menyerahkan sumbangan peribadi kepada kesemua mangsa cedera akibat nahas berkenaan.

Sultan Nazrin meluangkan masa kira-kira 30 minit menziarahi dan menyantuni mereka sebelum berangkat pulang.

Dalam kejadian 8.50 pagi Selasa, sembilan anggota maut manakala sembilan lagi cedera selepas trak pasukan dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan semasa dalam perjalanan pulang ke pangkalan di Sungai Senam di sini. — Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan diseru beri pengiktirafan lebih besar kepada jururawat – Tiong
Next: Golden Hill Villa antara projek disiasat – Michael Tiang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.