Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sultan Brunei zahir penghargaan kepada pasukan perubatan Malaysia
  • SEMASA

Sultan Brunei zahir penghargaan kepada pasukan perubatan Malaysia

Utusan Sarawak 15 hours ago

KUALA LUMPUR:  Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat cemerlang dan dedikasi pasukan perubatan Malaysia yang terlibat secara langsung dalam penjagaan kesihatan Baginda baru-baru ini.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghubungi Sultan Hassanal Bolkiah bagi bertanya khabar kesihatan Baginda susulan rawatan yang diterima di Malaysia sebelum ini.

“Alhamdulillah, keadaan kesihatan Baginda dilaporkan bertambah baik setakat ini dan terus dipantau rapi oleh pasukan perubatan, termasuk penglibatan petugas kesihatan dari Malaysia.

“Saya mendoakan agar Baginda Tuanku serta seluruh Keluarga Diraja Brunei sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan berada di bawah lindungan Allah SWT,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dalam perbualan itu, kedua-dua pemimpin turut menyentuh perkembangan positif hubungan dua hala Malaysia dan Brunei yang kekal erat serta perkembangan semasa isu rantau ASEAN yang terus berjalan dengan lancar dan konstruktif.

Sultan Hassanal Bolkiah tiba di Malaysia pada 25 Mei untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 26 dan 27 Mei lepas.

Baginda berehat di Institut Jantung Negara sejak 27 Mei kerana keletihan dan kemudian bersemayam di sebuah hotel di Kuala Lumpur sebelum berangkat pulang ke Bandar Seri Begawan pada 3 Jun lepas.– Bernama

Continue Reading

Previous: JKSS laksana Sistem I-Syariah guna AI
Next: Aplikasi mudah alih MyGOV Malaysia dilancarkan bulan depan – Gobind

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.