
Gambar fail, Sultan Hassanal Bolkiah menghadiri Sidang Kemuncak Asean-GCC ke-2 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sedang berehat di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara.
Menurut Perdana Menteri, baginda berasa sedikit letih dan sedang berehat di pusat perubatan itu.
“Baginda berasa sedikit letih, jadi baginda kini hanya berehat di sana,” kata Datuk Seri Anwar ringkas ketika Sidang Media Penutupan Kemuncak ASEAN 2025 di Kuala Lumpur, hari ini.
Setakat berita ini diterbitkan, tiada kenyataan rasmi daripada pihak Istana Brunei mengenai keadaan kesihatan baginda.
Sultan Brunei berkenan berangkat ke ibu negara bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini selain menghadiri beberapa acara berkaitan termasuk Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Persidangan Kemuncak ASEAN-GCC-China.