Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Sultan Brunei diberi sambutan Negara di Istana Negara
  • NASIONAL

Sultan Brunei diberi sambutan Negara di Istana Negara

Utusan Sarawak 11 hours ago
YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bersama Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah (tiga, kanan) pada sambutan negara di Istana Negara hari ini. Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan). Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah diberikan sambutan negara di Istana Negara hari ini, sempena lawatan negara ke Malaysia selama empat hari bermula semalam.

Keberangkatan tiba Sultan Hassanal Bolkiah pada 10.00 pagi diringi Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah, disambut oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, dan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul serta beberapa anggota Jemaah Menteri.

Istiadat Sambutan Negara yang berlangsung di Anjung Utama Istana Negara dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Brunei dan Malaysia oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja, sebelum disusuli dengan tembakan meriam 21 das.

Selepas istiadat itu, Sultan Brunei berkenan mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong yang antara lain menyentuh mengenai hubungan dua hala erat antara Malaysia dan Brunei yang telah lama terjalin.

Yang di-Pertuan Agong kemudiannya meraikan baginda bersama delegasi kerajaan Brunei dalam Majlis Jamuan Negara.

Sultan Hassanal Bolkiah, yang tiba di Malaysia semalam akan mengadakan lawatan negara sehingga Khamis ini atas undangan Sultan Ibrahim.

Lawatan negara ini merupakan lawatan ketiga oleh ketua negara asing sejak Sultan Ibrahim menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, selepas lawatan Presiden Republik Rakyat China dan Presiden Indonesia.

Esok, Sultan Hassanal Bolkiah dijadual menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Malaysia–Brunei (ALC) ke-26, selain mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri.

ALC merupakan mekanisme dua hala tertinggi antara Malaysia dan Brunei yang menjadi wadah untuk kedua-dua pemimpin menilai kemajuan kerjasama sedia ada, membincangkan isu berbangkit serta bertukar pandangan mengenai hal serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Lawatan negara serta mesyuarat tahunan itu mencerminkan hubungan istimewa yang sekian lama terjalin antara Malaysia dan Brunei Darussalam, sekali gus menegaskan komitmen berterusan kedua-dua negara dalam memperkukuh kerjasama strategik demi kemakmuran bersama serta kesejahteraan rakyat.

Pada 2024, Brunei merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia dalam ASEAN dengan jumlan dagangan bernilai RM7.53 bilion (ASD1.77 bilion).

Bagi tempoh Januari hingga Jun 2025 pula, jumlah dagangan Malaysia-Brunei mencecah ASD690 juta (RM3.02 bilion), dengan eksport berjumlah ASD500 juta (RM2.18 bilion) dan import ASD190 juta (RM840 juta).– Bernama

Continue Reading

Previous: Tidak wujud tekanan terhadap MAS untuk beli 30 pesawat Boeing – MITI
Next: Imbasan QR TNG eWallet diperluas selain sebagai pembayaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.