SUKSEM: Sarawak nekad pertahankan kejuaraan

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Atlet Sarawak berangkat ke Terengganu hari ini untuk mengetuai cabaran untuk Sukan SUK Se-Malaysia (SUKSEM) IX 2024 dalam usaha mempertahankan kejuaraan.

Seramai 220 atlet termasuk urusetia akan memberikan saingan dalam beberapa jenis sukan yang dipertandingkan pada temasya kali ini.

Antara sukan yang dipertandingkan adalah bola sepak, badminton, bola jaring, pingpong, sepak takraw, golf, karom, boling padang, boling tenpin dan e-sukan.

Atlet SUKSEM Sarawak dijadualkan berada di Terengganu bermula hari ini hingga 20 Oktober nanti.

Kontinjen Sarawak diketuai Chef de Mission (CDM) SUKSEM merangkap Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Datu Buckland Bangik.

Dalam pada itu, Sarawak teguh kepada misi mempertahankan gelaran juara yang pernah disandang pada SUKSEM  2022 di Selangor.

Oleh Noor Ikmal

Marvel kembali gegarkan Comic-Con

SAN DIEGO: Peminat komik dari seluruh dunia kembali berhimpun di San Diego, California, hari ini bagi menghadiri edisi terbaharu persidangan