Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • SUKMA XXII Selangor bermula 15 Ogos 2026, pembukaan di Litar SIC
  • SUKAN

SUKMA XXII Selangor bermula 15 Ogos 2026, pembukaan di Litar SIC

Utusan Sarawak 3 days ago
MENTERI Besar Datuk Seri Amirudin Shari. Foto Bernama

SHAH ALAM: Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor akan berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos 2026 dengan upacara pembukaan rasmi dijadualkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata temasya Para SUKMA pula akan diadakan dari 5 hingga 14 September dengan mempertandingkan 10 jenis sukan teras.

“Sebanyak 28 acara sukan wajib dan lima sukan tambahan akan dipertandingkan pada SUKMA XXII Selangor,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Bil.2 Tahun 2025 di sini hari ini.

Beliau turut mengumumkan majlis pelancaran logo, maskot dan tema bagi kedua-dua temasya itu akan diadakan pada 15 Ogos ini bersempena detik setahun menjelang penganjuran temasya dwitahunan tersebut. Majlis berkenaan akan berlangsung di Dewan Raja Muda, Seksyen 7, Shah Alam.

“Upacara penutup SUKMA XXII Selangor akan diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ),” katanya.

Menurut beliau, penganjuran kali ini membabitkan fasiliti sukan di sembilan daerah melibatkan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Selangor, kecuali acara berbasikal trek yang akan berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan.

Lebih 10,000 atlet dan pegawai sukan dari 15 negeri, termasuk kontinjen jemputan Brunei Darussalam, dijangka menyertai temasya itu.

Mengulas sama ada kerajaan negeri akan menyalurkan peruntukan tambahan kepada kontinjen Selangor, Amirudin berkata perkara itu bergantung kepada dapatan Majlis Sukan Negeri.

“Sebagai tuan rumah, kontinjen Selangor memikul tanggungjawab besar untuk memastikan kejayaan penganjuran dan pencapaian cemerlang dalam semua acara.

“Sudah tentu mereka perlu bekerja keras untuk mengulangi kejayaan muncul juara keseluruhan seperti pada 2006, 2013 dan 2016. Selangor juga konsisten berada dalam kelompok lima terbaik sebelum ini,” katanya.

–Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Cabaran Bot Laju RC Sibu 2025 bakal cipta rekod MBOR dengan 750 penyertaan
Next: Larian Hari Sarawak 722 tarik penyertaan 1,200 peserta di Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.