Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • SUKMA Selangor 2026 tawar 34 sukan, Brunei turut serta
  • SUKAN

SUKMA Selangor 2026 tawar 34 sukan, Brunei turut serta

Utusan Sarawak 2 days ago
HANNAH Yeoh. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memuktamadkan beberapa keputusan penting berkaitan penganjuran SUKMA 2026 yang bakal berlangsung di Selangor, tahun depan.

Antara keputusan utama ialah penambahan dua sukan wajib iaitu tinju dan sofbol, menjadikan keseluruhan 30 sukan wajib yang perlu dipertandingkan pada temasya kali ini.

Selain itu, empat sukan tambahan turut diluluskan bagi SUKMA 2026 iaitu catur, e-sukan, kriket dan kabaddi, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sukan kepada 34 jenis.

“Keputusan ini adalah muktamad dan tiada lagi rayuan penambahan akan dipertimbangkan, bagi memastikan penganjur mempunyai tempoh yang mencukupi untuk membuat persiapan rapi menjelang temasya yang dijadual berlangsung pada 15 hingga 24 Ogos 2026 di sembilan daerah seluruh negeri (Selangor),” kata Majlis Sukan Negara (MSN) dalam satu kenyataan, hari ini.

Mesyuarat turut memberi tumpuan terhadap isu kekurangan penyertaan atlet wanita dan pegawai teknikal wanita semasa SUKMA 2024 di Sarawak, yang disifatkan sebagai satu perkara serius.

Beberapa langkah proaktif akan diambil termasuk penganjuran tiga kursus teknikal dan kejurulatihan wanita pada 2025 serta lima kursus lagi pada 2026.

“Setiap kontinjen negeri wajib melantik sekurang-kurangnya seorang ketua atau timbalan ketua kontinjen wanita. Pelaksanaan kuota minimum 20 peratus pegawai sokongan wanita dalam urusetia dan perubatan kontinjen.

“Sasaran penyertaan sekurang-kurangnya 30 peratus sukarelawan wanita dan 20 peratus pegawai teknikal wanita. Setiap pasukan wanita atau acara yang memerlukan pemeriksaan fizikal wajib mendaftarkan sekurang-kurangnya seorang pegawai wanita.

“Bagi acara terbuka, penyertaan atlet daripada jantina berbeza akan diwajibkan. Selain itu, acara sukan yang tersenarai dalam Sukan Olimpik akan tetap dijalankan walaupun tidak mencapai penyertaan minimum atlet wanita, berbeza daripada peraturan terdahulu,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, mesyuarat turut meluluskan penyertaan rasmi Kontinjen Negara Brunei Darussalam untuk SUKMA 2026.

Terdahulu, dalam Mesyuarat Exco Belia dan Sukan Negeri-Negeri yang diadakan sebelum mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA, satu keputusan penting turut dicapai berkenaan pengurusan penyertaan negeri ke Sukan Para SUKMA.

Bermula edisi 2026, peranan itu akan diambil alih Majlis Sukan Negeri, menggantikan Jabatan Belia dan Sukan Negeri.

Langkah ini dilihat sebagai satu usaha untuk memperkemas pengurusan bakat dan persiapan atlet Para di peringkat negeri secara lebih strategik dan berfokus.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Kai Wun idam gelaran ketiga musim ini
Next: Lyon sambar pemain muda Liverpool, Tyler Morton

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.