Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • SUKMA Selangor 2026 dilaksanakan pada skala kecil
  • SUKAN

SUKMA Selangor 2026 dilaksanakan pada skala kecil

Utusan Sarawak 6 hours ago
MENTERI Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 akan dilaksanakan pada skala lebih kecil bagi menjimatkan kos penganjuran tanpa mengurangkan jumlah sukan dan acara dipertandingkan.

Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata langkah itu diambil selepas Jawatankuasa Tertinggi SUKMA 2026 mengambil maklum mengenai krisis tenaga global serta kesan ekonomi dunia yang turut dirasai di negara ini.

Beliau berkata jawatankuasa berkenaan telah mempertimbangkan semua aspek secara teliti dan memutuskan untuk meneruskan penganjuran temasya dwitahunan kebangsaan itu mengikut jadual asal iaitu pada 15 hingga 24 Ogos tahun ini.

“Dan penjimatan ini tidak melibatkan sebarang kualiti sukan, kualiti atlet dan juga apa-apa juga yang melibatkan sukan itu sendiri. Ia lebih kepada acara rasmi dan juga acara yang tidak bermewah-mewahan.

“Dan ini telah pun diberikan komitmen penuh daripada tuan tumah Selangor dan juga disokong dan dipersetujui semua wakil di setiap negeri itu,” katanya pada sidang media Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA 2026 di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini hari ini.

Dr Mohammed Taufiq berkata semua venue dirancang sebelum ini dikekalkan, namun pihak penganjur akan memastikan tiada sebarang kos tambahan daripada peruntukan yang telah diluluskan sebelum ini.

Beliau berkata penangguhan SUKMA berisiko memberikan implikasi kewangan lebih besar kepada penganjur dan menyifatkan penganjuran sukan tersebut amat penting bagi memastikan pembangunan atlet pelapis terus mampan untuk mendepani temasya lebih besar pada masa hadapan.

“Jika kita menangguhkan ataupun tidak buat pada tahun ini, ia bukan sahaja melibatkan implikasi kewangan tetapi juga persediaan kita terhadap penganjuran ataupun terhadap temasya lebih besar iaitu Sukan SEA 2027, dengan Malaysia sebagai tuan rumah.

“Jadi persiapan atlet dan juga ini sebenarnya secara tidak langsung adalah latih amal untuk bagaimana kita menganjurkan sukan-sukan yang berprestij, sebab itu kita mengambil keputusan seperti itu,” katanya.

Dr Mohammed Taufiq berkata pendekatan penjimatan kos yang sama akan diteruskan bagi penganjuran Sukan SEA 2027 yang dijadual membabitkan empat negeri iaitu Sarawak, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur merangkumi 38 jenis sukan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Semangat juang dan kesukanan memuncak di MSSR 2026
Next: Tang Jie-Ee Wei mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Asia 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.