
BANGKOK: Atlet luncur ais negara Fang Ze Zeng meraih pingat emas dalam acara perseorangan lelaki pada Sukan SEA 2025 di sini hari ini.
Ze Zeng mengumpul 157.22 mata untuk menaiki podium di Pusat Latihan Luncur Ais Antarabangsa IWIS di Samut Prakan.
Ze Zeng mengetepikan cabaran Brandon James Baldoz dari Filipina, yang meraih perak dengan 137.98 mata.
Peluncur ais tuan rumah Aaron Kulvatunyou terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas mengumpul 128.39 mata.
Sukan SEA 2025 berlangsung dari 9 hingga 20 Disember di dua wilayah, iaitu Bangkok dan Chonburi.- Bernama