Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukan SEA: Wei Chong- Kai Wun bantu Malaysia ke final berpasukan lelaki
  • SUKAN

Sukan SEA: Wei Chong- Kai Wun bantu Malaysia ke final berpasukan lelaki

Utusan Sarawak 3 hours ago
BEREGU lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun muncul wira selepas membantu Malaysia mara ke final edisi 2025 dengan menewaskan Dechapol Puavaranukroh-Pakkapon Teeraratsakul 21-14, 18-21, 21-17 di Gimnasium 4, Kampus Rangsit Universiti Thammasat.

BANGKOK: Malaysia semakin hampir untuk menamatkan penantian selama dua dekad memenangi pingat emas dalam acara badminton berpasukan lelaki pada Sukan SEA selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menumpaskan Thailand 3-1 di Pathum Thani hari ini.

Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun muncul wira selepas membantu Malaysia mara ke final edisi 2025 dengan menewaskan Dechapol Puavaranukroh-Pakkapon Teeraratsakul 21-14, 18-21, 21-17 di Gimnasium 4, Kampus Rangsit Universiti Thammasat.

Meskipun mara ke final, Wei Chong berasakan masih belum boleh diraikan kerana mereka sepatutnya menamatkan perlawanan dalam set straight, sebaliknya membiarkan ia berlarutan sehingga set penentuan, sekali gus menjadikan saingan lebih sukar daripada sepatutnya dan menambah sedikit tekanan.

“Mungkin pada set kedua mereka (pihak lawan) mengubah corak permainan dan ia sedikit mengganggu rentak kami. Kami belum tahu lagi pasangan mana yang akan kami jumpa (di final), jadi kami hanya perlu membuat persiapan,” kata Kai Wun selepas perlawanan itu.

Malaysia sebelum itu ketinggalan apabila perseorangan utama negara Leong Jun Hao tewas 15-21, 15-21 kepada pilihan tuan rumah dan juara dunia 2023 Kunlavut Vitidsarn. 

Perlawanan kembali memihak kepada Malaysia apabila juara dunia 2022 Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menyamakan kedudukan 1-1 selepas mencatat kemenangan 21-18, 21-19 ke atas Supak Jomkoh-Peeratchai Sukphun.

“Ini kali pertama kami kembali bermain selepas sebulan berehat daripada sebarang kejohanan, jadi kami perlahan-lahan mendapatkan semula rentak,” kata Aaron selepas perlawanan itu.

Pemain perseorangan kedua Justin Hoh kemudian meletakkan Malaysia di depan buat kali pertama hasil kemenangan straight set ke atas Panitchaphon Teeraratsakul 21-10, 21-17.

 Justin ketika mengulas prestasinya mengakui beliau terlalu bersemangat untuk menamatkan perlawanan, yang hampir memakan diri apabila membenarkan lawan mengutip lima mata berturut-turut, sekali gus merapatkan jurang kepada hanya dua mata pada kedudukan 19-17, namun beliau akhirnya kembali tenang untuk menjadikan kedudukan 2-1 buat Malaysia.

Situasi itu membuka ruang untuk Wei Chong-Kai Wun tampil mengesahkan tempat Malaysia ke final buat kali kelima berturut-turut, selepas muncul naib juara dalam setiap edisi Sukan SEA sejak edisi 2017 ketika Malaysia menjadi tuan rumah di Kuala Lumpur. 

Malaysia kini berpeluang menebus kekalahan pada final edisi 2023 kepada musuh tradisi Indonesia pada perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung Rabu ini.

Indonesia mara ke final selepas menewaskan Singapura 3-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Sukan SEA 2025 di Thailand berlangsung dari 9 hingga 20 Disember di dua wilayah, Bangkok dan Chonburi.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sukan SEA: Malaysia gagal ke akhir berpasukan wanita selepas tewas tipis kepada Indonesia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.