Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukan SEA Pekak 2025: Malaysia borong lima emas olahraga
  • SUKAN

Sukan SEA Pekak 2025: Malaysia borong lima emas olahraga

Utusan Sarawak 4 hours ago

JAKARTA: Kilauan emas berganda menyerikan hari pertama kem olahraga negara di Sukan Asia Tenggara (SEA) Pekak 2025 apabila kuartet 4×100 meter (m) lelaki melengkapkan koleksi lima emas kontinjen Malaysia hari ini.

Dalam aksi di Stadium Pusat Pelatihan Olahraga Pelajar (PPOP) Ragunan, Jakarta Selatan itu, gandingan Muhammad Zamir Azman, Muhammad Shahrul Azmeer Azman, Muhammad Zumar Azman dan Hazrul Shah Hamri yang mempamerkan larian bertenga menamatkan saingan dengan catatan 44.36 saat untuk berada di podium utama.

Lebih manis, kejayaan itu menyusul selepas empat emas terdahulu diraih menerusi Azlan Kuste (800m lelaki, 2 minit 03.97s), Muhammad Shahrul Azmer (400m lelaki, 50.44s), Muhammad Zamir (100m lelaki, 11.06s) dan Nur Andrina Zainuddin (100m wanita, 13.06s).

Ketua pasukan Muhammad Shahrul Azmeer, 29, berkata pencapaian itu membuktikan atlet pekak Malaysia mampu berdiri setaraf dengan atlet normal.

“Hari ini memang bersyukur sangat sebab kami berjaya dapat lima emas untuk kontinjen olahraga Malaysia. Semua pasukan sangat rajin berlatih sebelum ini, dan kami mahu terus lakukan yang terbaik untuk negara.

“Kami mahu terus fokus untuk mencipta masa lebih baik dan rekod baharu. Orang pekak juga boleh sama macam atlet normal. Hari ini kami sudah beri segalanya, esok kami cuba lagi dalam acara 200m dan 4x400m,” katanya kepada pemberita di sini. 

Kontinjen negara akan meneruskan pemburuan pingat emas esok dalam lima acara iaitu 1,500m lelaki, 200m lelaki dan wanita, lompat jauh lelaki dan 4x400m lelaki.– Bernama

Continue Reading

Previous: Kejohanan SK Ulu Daro platform cungkil bakat dan sahsiah pelajar
Next: Sembilan petinju TBBC Sri Aman beraksi di final Kejohanan Tinju Terbuka malam ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.