Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukan SEA: Misi Malaysia sapu bersih emas terjun disekat pada hari pertama
  • SUKAN

Sukan SEA: Misi Malaysia sapu bersih emas terjun disekat pada hari pertama

Utusan Sarawak 7 hours ago
Atlet terjun negara Yong Rui Jie beraksi dalam acara terjun papan anjal 1 meter lelaki pada Sukan SEA Thailand 2025 di Assumption University Aquatic Center di sini, hari ini. Y Yong Rui Jie memenangi pingat gangsa dalam acara tersebut. Foto BERNAMA

BANGKOK: Misi Malaysia menyapu bersih kesemua pingat emas yang ditawarkan dalam acara terjun di Sukan SEA Thailand 2025 tidak kesampaian apabila digagalkan penerjun Singapura pada hari pertama pertandingan di Samut Prakan hari ini. 

Ini selepas Avvir Pac Lun Tham merangkul pingat emas dalam acara 1 meter (m) papan anjal lelaki yang berlangsung di Pusat Akuatik Universiti Assumption, Kampus Suvarnabhumi.

Avvir mengungguli saingan dengan 370.35 mata, menamatkan dominasi Malaysia dalam acara itu sejak edisi 2019.

Penerjun Thailand Chawanwat Juntaphadawon meraih pingat perak dengan 357.80 mata, manakala wakil negara Yong Rui Jie memperoleh pingat gangsa dengan jumlah 354.55 mata.

Seorang lagi penerjun Malaysia Nurqayyum Nazmi Mohamad Nazim menamatkan saingan di tempat kelima dengan 311.35 mata.

Walaupun terlepas emas, Rui Jie menyifatkan pingat gangsa itu sebagai pencapaian peribadi yang penting, terutama kerana 1m papan anjal bukanlah acara kegemarannya.

Malah, penerjun berusia 19 tahun itu berkata beliau hanya dimaklumkan mengenai penyertaannya sejurus sebelum pertandingan, sebagai pengganti penerjun berpengalaman Muhammad Syafiq Puteh.

Atlet kelahiran Selangor yang membuat penampilan sulungnya di pentas Sukan SEA berkata beliau hanya mempunyai beberapa hari untuk membuat persiapan bagi acara tersebut.

“Papan anjal 1 meter merupakan kelemahan saya. Namun, saya berjaya mengatasinya dan mendapatkan pingat ini.

“Ini merupakan pencapaian besar bagi saya. Sebenarnya, saya baru dimaklumkan akan menyertai acara ini dua hari sebelum pertandingan. Jadi, saya tidak menjangka dapat meraih pingat,” katanya kepada pemberita di sini.

Bagaimanapun, Rui Jie mengakui sedikit kecewa selepas Singapura menggagalkan permulaan sempurna Malaysia.

Sehubungan itu, beliau kini berharap untuk bangkit semula dan menebus kekecewaan dalam acara seterusnya, 3m papan anjal seirama lelaki bersama Nurqayyum Nazmi, Jumaat ini. 

-BERNAMA

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Raih tiga emas, Kem Muay Thai lepasi sasaran
Next: Sukan SEA 2025: Skuasy tuai dua emas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.