Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukan SEA: Dua tahun sertai silat, Ummi Mashitah cipta kejayaan luar biasa rangkul emas
  • SUKAN

Sukan SEA: Dua tahun sertai silat, Ummi Mashitah cipta kejayaan luar biasa rangkul emas

Utusan Sarawak 3 hours ago
PESILAT negara Ummi Mashitah Hassan mencipta kejayaan cukup membanggakan, apabila merangkul pingat emas kelas C wanita (55-60 kilogram (kg)) pada Sukan SEA Thailand 2025 di sini, meskipun hanya baru dua tahun menceburi sukan silat. Beraksi dalam penampilan sulung temasya sukan dwitahunan itu di Dewan 4, IMPACT Arena, Muang Thong Thani, Ummi Mashitah menampilkan aksi menakjubkan menumbangkan wakil tuan rumah Anuntaya Nyompan 104-88, pada hari terakhir saingan pencak silat. Foto BERNAMA

BANGKOK: Pesilat negara Ummi Mashitah Hassan mencipta kejayaan cukup membanggakan, apabila merangkul pingat emas kelas C wanita (55-60 kilogram (kg)) pada Sukan SEA Thailand 2025 di sini, meskipun hanya baru dua tahun menceburi sukan silat.

Beraksi dalam penampilan sulung temasya sukan dwitahunan itu di Dewan 4, IMPACT Arena, Muang Thong Thani, Ummi Mashitah menampilkan aksi menakjubkan menumbangkan wakil tuan rumah Anuntaya Nyompan 104-88, pada hari terakhir saingan pencak silat.

Atlet berusia 22 tahun dari Miri itu, mengakui langsung tidak memiliki sebarang asas dalam silat sebelum mula mencuba sukan berkenaan dua tahun lepas.

Beliau berkataya, usaha keras serta latihan selama enam jam sehari melonjakkan namanya daripada gelanggang kampung ke pentas Sukan SEA.

“Saya hanya main futsal sahaja sebelum ini. Asas untuk silat kosong, kemudian saya cuba sertai kelab silat gayong ghaib di kampung dan mula minat.

“Alhamdulillah berkata usaha dan percaya dengan rezeki Allah, selain berlatih bersama jurulatih saya (Siti Rahmah Mohamed Nasir), saya sampai ke sini, Alhamdulillah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ummi Mashitah berkata kerja kerasnya juga membuka jalan buatnya mewakili Sarawak dan menjuarai kategori kelas B wanita (50-55kg) pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, di negeri kelahirannya.

Sementara itu, beliau mendedahkan beliau turut berdepan cabaran kesihatan menjelang Sukan SEA apabila diserang virus influenza A, yang menjejaskan tahap kecergasan serta berat badannya.

“Banyak juga kesan lepas demam, sehingga berat badan turun ke 53kg hingga 54kg pada satu ketika.

“Jadi saya perlu naikkan berat badan, tiap pagi saya perlu makan dan minum tiga botol air untuk (masuk) dalam kelas C,” katanya.

Ummi Mashitah berkata kejayaan hari ini, didekasikan kepada Siti Rahmah atas panduan dan bimbingan bekas juara dunia tersebut kepadanya selama ini.

Sukan SEA 2025 Thailand 2025 berlangsung dari 9 hingga 20 Disember, melibatkan dua wilayah iaitu Bangkok dan Chonburi.- Bernama

Continue Reading

Previous: Manchester United ‘mahu saya pergi’, dakwa Fernandes
Next: Final Jelajah Dunia 2025: Pearly-Thinaah lepasi halangan pertama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.