Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukan SEA: Andre tamat penantian 22 tahun negara, sambar emas lompat jauh
  • SUKAN

Sukan SEA: Andre tamat penantian 22 tahun negara, sambar emas lompat jauh

Utusan Sarawak 18 hours ago
ATLET olahraga negara Andre Anura Anuar mengungguli acara lompat jauh lelaki pada Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Nasional Suphachalasai, di sini, hari ini. Foto Bernama

BANGKOK: Atlet olahraga negara Andre Anura Anuar menebus kegagalan merangkul emas hatrik lompat kijang lelaki Khamis lepas dengan mengungguli acara lompat jauh lelaki pada Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Nasional Suphachalasai, di sini, hari ini.

Kejayaan tersebut menyaksikan atlet berusia 26 tahun itu melakukan lompatan 7.71 meter (m) untuk merangkul emas, sekali gus menamatkan kemarau 22 tahun negara dalam acara tersebut yang kali terakhir dimenangi Shahrul Amri Suhaimi pada edisi 2003 di Hanoi, Vietnam.

Beliau mengenepikan cabaran atlet Filipina dan juara bertahan Janry Ubas yang melakukan lompatan  7.64m, manakala Andrew George Medina dari Singapura pula memperoleh gangsa (7.53m).

Andre berkata beliau seakan tidak percaya  menggenggam pingat emas pada Sukan SEA kali ini , terutamanya selepas rezeki tidak memihak kepadanya sebelum ini apabila hanya meraih perak dalam acara lompat kijang lelaki, apatah lagi dapat mengatasi Janry hari ini.

“Saya tahu saya kalah di lompat kijang, kemudian saya tahu untuk menebus kekecewaan…lompat jauh ini satu harapan yang saya ada. 

“Sebenarnya, saya masih lagi belum percaya. Namun saya gembira sehingga buka baju then lari sana sini,” kata pemegang rekod kebangsaan bagi acara berkenaan, iaitu 8.02m ketika meraih pingat perak pada temasya Sukan SEA Filipina 2019, kepada pemberita di sini.

Beliau juga mendedikasikan pingat emas kepada isteri dan juga pemain skuasy negara Aifa Azman, selain keluarga di Sabah yang banyak memberinya motivasi sebelum ini.

Andre Anura pada masa sama berkata beliau akan mengalih tumpuan untuk menghadapi temasya Sukan Komanwel 2026 di Glasgow.

Khamis lepas, Andre Anura melakukan 16.29m, sekali gus menyaksikan beliau terlepas pingat emas lompat kijang lelaki kepada wakil Vietnam Ho Trong Manh Hung menerusi catatan 16.33m manakala gangsa milik Gabriel Jing Yi dari Singapura dengan catatan 16.09m.

Sukan SEA Thailand 2025 berlangsung dari 9 hingga 20 Dis ini melibatkan dua wilayah iaitu Bangkok dan Chonburi.

-Bernama  

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Bakat muda terserlah di Kejohanan Badminton Junior WBC Saratok
Next: Sukan SEA: Harimau Muda gagal ke final, fokus beralih kepada gangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.