Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukan SEA 2027: Sarawak perkasa kemudahan sukan, dua stadium bakal dinaik taraf
  • SUKAN

Sukan SEA 2027: Sarawak perkasa kemudahan sukan, dua stadium bakal dinaik taraf

Utusan Sarawak 2 days ago
UNTUK KENANGAN… Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menerima cenderamata daripada Presiden Persatuan Kriket Malaysia, Mahinda Vallipuram.

PETRA JAYA: Sarawak bakal menaik taraf pelbagai kemudahan sukan termasuk dua stadium utama negeri iaitu Stadium Negeri dan Stadium Sarawak sebagai persediaan menjadi tuan rumah bersama Sukan SEA 2027.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, setakat ini Kuching sudah disahkan bakal menganjurkan 16 acara sukan termasuk upacara pembukaan yang akan diadakan di Stadium Utama Sarawak.

“Apabila kita menerima tanggungjawab menjadi tuan rumah bersama, banyak kemudahan perlu dinaik taraf.

“Stadium Sarawak akan digunakan untuk majlis pembukaan, manakala Stadium Negeri juga akan diberi sentuhan baharu.

“Antara yang akan diberi perhatian adalah pencahayaan, sistem saliran serta kemudahan sokongan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Perlawanan Kriket Siri Wanita Super Malaysia YSD ke-3 di Padang Kriket Borneo, di sini, hari ini.


Beliau berkata, sukan kriket yang akan dipertandingkan di Kuching memerlukan naik taraf padang termasuk sistem lampu dan saliran di Padang Kriket Borneo.

Selain itu, kemudahan lapang sasar yang dinaik taraf untuk SUKMA tahun lalu akan dilengkapkan dengan skid dan trek baharu melalui pengambilan tanah tambahan seluas kira-kira empat hingga lima ekar bagi melengkapkan fasiliti tersebut.

“Apabila siap kelak, lapang sasar menembak itu dijangka menjadi antara yang terbaik di Malaysia kerana sudah dilengkapi sistem elektronik terkini. Cuma skid dan trek sahaja yang belum ada, jadi kita akan lengkapkan,” jelasnya.

Beliau turut menyebut beberapa fasiliti lain akan dipertingkatkan seperti papan skor renang dan terjun, selain pusat boling 42 lorong yang dianggap terbaik di Malaysia. Malah, Dewan Wushu baharu juga akan dinaik taraf supaya boleh digunakan sepenuhnya bagi kejohanan antarabangsa.

Menurut Abdul Karim, Sarawak diberikan keutamaan oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk memilih acara yang mahu dianjurkan, justeru negeri ini memilih sukan yang mempunyai fasiliti terbaik serta berpotensi dikembangkan.

Katanya lagi, kemudahan itu juga boleh digunakan oleh negara jiran seperti Brunei dan Indonesia yang berhasrat menjalankan latihan di Sarawak pada masa depan.

“Dengan cara ini, fasiliti kita bukan sahaja digunakan semasa temasya, tetapi akan dimanfaatkan secara berterusan untuk pembangunan sukan serantau,” ujarnya.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Liverpool boleh salahkan diri sendiri tewas kepada Palace – Slot
Next: Sarawak berpotensi jadi hab kriket negara – Presiden MCA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.