Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sukan SEA 2027: Hotel baharu di Sarawak perlu disiapkan tahun ini
  • TEMPATAN

Sukan SEA 2027: Hotel baharu di Sarawak perlu disiapkan tahun ini

Utusan Sarawak 4 months ago

Abdul Karim ketika ditemui pemberita malam tadi

KUCHING: Hotel baharu di Sarawak perlu disiapkan pada tahun ini memandangkan negeri ini menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA pada 2027. 

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berharap hotel-hotel yang dibina di sekitar Sarawak dapat disiapkan kerana acara pembukaan sukan terbesar Asia Tenggara itu bakal diadakan di Kuching.

“Saya berharap bangunan hotel yang dibangunkan di sekitar Kuching, Miri, dan kawasan-kawasan lain di negeri ini dapat disiapkan pada tahun ini.

“Kita perlu bersedia untuk tahun-tahun akan datang sebab pada Sukan SEA akan berlangsung pada 2027, ia akan dirasmikan di Kuching,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Konsert Jelajah Ulang Tahun ke-50 Boney M di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, malam tadi. 

Dalam perkembangan lain, Abdul Karim turut menjelaskan bahasa kerajaan Sarawak telah meluluskan beberapa hotel bawah empat bintang bagi menyokong aktiviti ekopelancongan di negeri ini.

“Kita tidak perlukan hotel lima bintang kerana hotel bawah tiga atau empat bintang sudah memadai kerana pelancong hanya mahu melihat keindahan alam terutamanya yang berhasrat masuk ke hutan,” katanya. 

Abdul Karim ketika ditanya mengenai peningkatan jumlah kemasukan pelancong dari Indonesia, beliau yakin impak tersebut berpunca dari keberkesanan program promosi pelancongan yang dilakukan di negara tersebut.

“Sebelum ini, kebanyakan pelawat asing yang masuk ke sini adalah dari Brunei, dengan jumlah mencecah sekitar 150,000 hingga 200,000 pelancong setiap bulan.

“Menjelang penghujung tahun (2024), kita mula melihat pelancong dari Indonesia mengunjungi Sarawak.

“Selain itu, saya juga menyedari bahawa Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) Tebedu sesak dengan kemasukan pelancong, merupakan petanda baik.

“Mereka bukan datang sebagai pekerja, tetapi pelancong yang mahu bercuti di Sarawak. Ini sememangnya akan mendorong kepada perkembangan ekonomi negeri kita,” katanya. 

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Continue Reading

Previous: 50 peserta sertai program gotong-royong
Next: 2025: Sarawak sasar 5 juta pelancong, raih pendapatan RM10 bilion

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.