Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukan SEA 2025: Trio Malaysia panah pingat emas compound berpasukan lelaki
  • SUKAN

Sukan SEA 2025: Trio Malaysia panah pingat emas compound berpasukan lelaki

Utusan Sarawak 14 hours ago
ATLET memanah negara (dari kiri) Mohd Juwaidi Mazuki, Alang Ariff Aqil Muhammad Ghazalli dan Muhammad Aiman Syafiq Mohd Tariki memenangi pingat emas selepas menewaskan wakil tuan rumah dengan keputusan 232-228 bagi acara compound berpasukan lelaki Sukan SEA Thailand 2025 di SAT Football Stadium hari ini. Foto BERNAMA

BANGKOK: Angin kencang yang melanda venue pertandingan tidak menghalang skuad memanah compound berpasukan lelaki negara untuk menghadiahkan pingat emas selepas menewaskan tuan rumah Thailand pada aksi final Sukan SEA 2025, hari ini.

Beraksi di Lapang Sasar Memanah, Sports Authority of Thailand, trio memanah compound Mohd Juwaidi Mazuki, Alang Ariff Aqil Muhammad Ghazalli dan Muhammad Aiman Syafiq Mohd Tariki mempamerkan ketenangan tinggi dalam keadaan cuaca mencabar bagi mencatat kemenangan 232-228.

Pasukan Thailand yang dibarisi Sippakorn Kohkaew, Peerapat Pattanapongkiat dan Ratandanai Wongtana terpaksa akur dengan keunggulan wakil negara.

Kejayaan itu sekali gus menebus kekecewaan meraih pingat perak pada edisi 2021 di Hanoi. 

Pingat gangsa acara berkenaan dimenangi Vietnam selepas menewaskan Indonesia pada aksi penentuan tempat ketiga.

Seorang daripada pemanah, Muhammad Aiman Syafiq menyifatkan kejayaan itu sebagai pencapaian cukup bermakna buat dirinya.

“Syukur Alhamdulillah, penampilan pertama saya di Sukan SEA berjaya membutirkan pingat emas. Kejayaan ini banyak dibantu oleh pengalaman pemanah senior,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Eee Wei, Pearly-Thinaah selangkah ke separuh akhir
Next: Sukan SEA: Speedy Tigers selangkah pertahan emas, bertemu Thailand di final

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.