Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukan SEA 2025: Skuad Speedy Tigers terus dominasi hoki lelaki, pertahan pingat emas
  • SUKAN

Sukan SEA 2025: Skuad Speedy Tigers terus dominasi hoki lelaki, pertahan pingat emas

Utusan Sarawak 5 hours ago
PASUKAN Malaysia meraikan gol menentang Thailand semasa Perlawanan Akhir Berpasukan Hoki Padang Lelaki di Sukan SEA Thailand ke-33 di Universiti Sukan Negara, Chonburi hari ini. Malaysia memenangi pingat emas dengan keputusan 8-0. Foto BERNAMA


CHONBURI: Ledakan hatrik Amanraj Sarwan menyemarakkan kemenangan Malaysia 8-0 menentang Thailand, ketika skuad hoki lelaki negara menepati sasaran meraih pingat emas dalam aksi final di Sukan SEA Thailand 2025 hari ini.

Turun dengan misi melebarkan dominasi emas acara hoki padang di setiap edisi temasya itu, anak buah Sarjit Singh bagaimanapun perlu menunggu sehingga penghujung suku pertama untuk membuka tirai jaringan menerusi Muhajir Abdu Rauf.

Malaysia meningkatkan rentak permainan sejurus perlawanan bersambung dalam suku kedua dan berhasil melebarkan jurang selepas mencetak dua jaringan masing-masing hasil jaringan padang Faiz Jali pada minit ke-27 dan Aiman Rozemi selang seminit kemudian.

Suku ketiga, tambahan jaringan keempat dihasilkan Fitri Saari pada minit ke-42.

Malaysia melengkapkan suku terakhir dengan menambah empat lagi jaringan bermula dengan Alfarico Liau pada minit ke-50 sebelum Amanraj mencetak hatrik (55′,57′,60′).

“Kami memang menjangka pingat emas ini, namun bukan jaringan sebegini banyak. Satu hal untuk diketahui bahawa pingat itu mampu dimenangi, tetapi anda tetap perlu bermain dengan cemerlang untuk meraihnya,” kata Sarjit kepada pemberita selepas perlawanan.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia kini mengumpul 18 pingat emas bagi acara hoki padang lelaki sejak penyertaan dalam temasya dwitahunan itu bermula di Kuala Lumpur pada1971 hingga edisi terakhir di Kemboja pada 2023.

Sepanjang tempoh tersebut, skuad negara hanya sekali menamatkan saingan selaku naib juara iaitu pada Sukan SEA 1973 di Singapura.- Bernama

Continue Reading

Previous: Pearly-Thinaah juara kumpulan walaupun tewas perlawanan ketiga
Next: Sukan SEA: Sanjay bangkit, tangisan kegembiraan buat Noor Ainaa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.