Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukan SEA 2025: Skuad bola jaring negara raih hatrik emas, kalahkan Singapura 52-49
  • SUKAN

Sukan SEA 2025: Skuad bola jaring negara raih hatrik emas, kalahkan Singapura 52-49

Utusan Sarawak 5 hours ago
Foto Facebook Astro Arena.

BANGKOK: Skuad bola jaring negara terus mengukuhkan kedudukan terbaik di Asia Tenggara apabila mengekalkan pingat emas Sukan SEA kali ketiga berturut-turut, menundukkan musuh tradisi, Singapura, hari ini.

Dalam aksi sengit dan mendebarkan di Stadium Chantana Yingyong, Universiti Chulalongkorn, Malaysia menamatkan kempen dengan kemenangan 52-49, mengejutkan juara Asia dan Piala Liga Negara-Negara 2025 itu.

Menerusi kemenangan hari ini, Malaysia mencatat hatrik emas Sukan SEA selepas 2017 dan 2019.

Sukan bola jaring tidak dipertandingkan pada edisi 2021 di Vietnam dan edisi 2023 di Kemboja.

Singapura yang merupakan pasukan pilihan, pernah meraih emas pada edisi 2015.

Sementara itu, kapten pasukan Nur Syafazliyana Mohd Ali berkata rakan sepasukannya tidak berasa goyah mengekang asakan Singapura pada aksi final biarpun rata-ratanya dibarisi muka baru kali ini.

Beliau berkata kejayaan hari ini turut mengubati kekecewaan tidak dapat beraksi sejak awal pertandingan susulan kecederaan harmstring, baru-baru ini.

“Perasaan kali  ini sangat berbeza kerana saya tidak bermain. Saya mengalami kecederaan tetapi rakan sepasukan telah lakukan yang terbaik dalam gelanggang.

“Saya sangat bersyukur dan terima kasih kepada pasukan,” katanya kepada pemberita.

-BERNAMA

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Chen Jie raih emas 50m Raifal 3 Posisi, lebur rekod Sukan SEA acara individu
Next: Raih tiga emas, Kem Muay Thai lepasi sasaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.