Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukan SEA 2025: Malaysia rangkul emas ekuestrian polo 4-6 gol
  • SUKAN

Sukan SEA 2025: Malaysia rangkul emas ekuestrian polo 4-6 gol

Utusan Sarawak 11 hours ago
SKUAD ekuestrian polo negara meraih pingat emas pada Sukan SEA 2025 selepas menewaskan tuan rumah Thailand 10-6.5 dalam perlawanan penentuan pingat emas kategori 4-6 Gol di VS Sports Club dan Siam Polo Park, Samut Prakan hari ini.

BANGKOK: Skuad ekuestrian polo negara meraih pingat emas pada Sukan SEA 2025 selepas menewaskan tuan rumah Thailand 10-6.5 dalam perlawanan penentuan pingat emas kategori 4-6 Gol di VS Sports Club dan Siam Polo Park, Samut Prakan hari ini.

Skuad negara dibarisi Putera Sultan Pahang Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Muhammad Shahir Akmal Mohd Shah, Abdul Rashid Hasnan, Muhammad Edham Haji Shaharuddin, Azfar Mustapha, Mohd Zulhelmi Nadzar dan Amran Selamat.

Malaysia ketinggalan pada chukka pertama dan kedua 3-3.5 sebelum bangkit pada chukka seterusnya untuk memenangi pingat emas kategori berkenaan, yang kali terakhir dimenangi pada edisi 2019 di Filipina.

Terdahulu, Malaysia mengesahkan kemaraan ke final selepas menewaskan Brunei 9-5.5 dalam aksi separuh akhir.

Pingat emas itu adalah satu-satunya emas disumbangkan kem ekuestrian polo negara pada temasya berkenaan, selepas meraih pingat gangsa dengan menewaskan Filipina 7-3.5 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga kategori 2-4 Gol.

-Bernama  

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous:  Sukan SEA: Rui Jie-Nurqayyum terjun emas, Malaysia tutup kempen dengan cemerlang
Next: Ratu boling Sarawak bergaya di Sukan SEA Bangkok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.