Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukan petanque bakal berkembang di Mukah
  • SUKAN

Sukan petanque bakal berkembang di Mukah

Utusan Sarawak 4 years ago
SEMUA MENANG… Para peserta merakam gambar kenangan bersama Muluk sempena pembukaan Arena Petanque PMU.

PEMBANGUNAN sukan petanque tempatan dijangka akan terus berkembang terutamanya di kalangan warga Politeknik Mukah(PMU).

Ia berikutan  kewujudan Arena Petangue baharu di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berkenaan yang baru dibuka pada penghujung minggu.

Arena Petanque Politeknik Mukah itu mempunyai 10 gelanggang dan mampu menganjurkan penyertaan sehingga 64 pasukan  dalam satu kejohanan.

Arena Petanque Politeknik Mukah yang berlokasi  bersebelahan dengan Damai Inn PMU berkenaan turut mempunyai tempat parkir  yang luas untuk keselesaan semua.

Sempena  dengan pembukaan kemudahan sukan itu, satu pertandingan telah diadakan yang melibatkan warga Politeknik di Mukah.

Pertandingan tertutup PMU anjuran  Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) itu disertai 15 pasukan atau ‘pairs (regu)’ yang terdiri daripada 19 lelaki dan 11 perempuan.

Menurut Ketua Jabatan JKE, Nik Aznan Abd Hadi, objektif pertandingan adalah untuk merapatkan ukhwah dan silaturahim antara barisan akademik JKE dengan pihak pengurusan tertinggi Politeknik Mukah di samping  menguji  Arena Petanque tersebut.

“Selain itu, ia juga menggalakkan staf yang berminat menunjukan skil masing-masing. Kejohanan Petanque ditaja oleh unit Sukan, Kokurikulum dan Rekreasi  JKE yang diketuai oleh Hamadi Ahmad serta dibantu oleh Kelab Kebajikan JKE,” katanya lagi. 

Sementara itu, seperti dijangka perlawanan tu menyaksikan  Kumpulan A yang dibarisi oleh Pengarah PMU, Dullah Muluk dan Muhammad Faris muncul juara.

 Manakala naib juara dimenangi Kumpulan C  yang diwakili oleh Hamdan Samdin dan Samsawi Bujang, dengan tempat ketiga, jatuh kepada Kumpulan D (Khairol Adha Ahmad/Sazali Husin).

Selain Dullah, turut kelihatan menyertainya ialah TimbalanPengarah (Akademik) Mohd Sani  Said ,  dan  TimbalanPengarah (Akademik Sokongan) Iskandar Reduan, sebagai peserta jemputan.

Hadiah kepada pemenang kejohanan yang bersifat  perlawanan kekeluargaan berkenaan telah disampaikan oleh  Nik Aznan.

Continue Reading

Previous: Tiada kehadiran penonton
Next: Kelantan berdepan pemotongan mata

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.