Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukan Para ASEAN: Atlet Sarawak sumbang tujuh emas, kerajaan negeri kaji insentif prestasi cemerlang
  • SUKAN

Sukan Para ASEAN: Atlet Sarawak sumbang tujuh emas, kerajaan negeri kaji insentif prestasi cemerlang

Utusan Sarawak 4 hours ago
MENTERI Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah bersama kakitangan kementeriannya bergambar menunjukkan pemenang pingat emas Sukan Para ASEAN, Colorine Sijang.

PETRA JAYA: Atlet para Sarawak menyumbang tujuh pingat emas kepada kontinjen negara setakat hari ketiga Sukan Para ASEAN Ke-13 di Nakhon Ratchasima (Korat), Thailand, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam kelompok tiga terbaik kejohanan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, berkata pencapaian itu amat membanggakan memandangkan atlet Sarawak hanya merangkumi kira-kira 14 peratus daripada keseluruhan kontinjen Malaysia.

“Daripada 17 pingat emas yang dimenangi Malaysia setakat hari ini, tujuh disumbangkan oleh atlet Sarawak. Ini satu sumbangan yang besar dan signifikan kepada pasukan negara,” katanya pada sidang media Sukan Para ASEAN 2025, di Bangunan Baitulmakmur II, hari ini.

MENTERI Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah ketika sidang media Sukan Para ASEAN di Bangunan Baitulmakmur II, di Petra Jaya, hari ini.

Menurut beliau, pingat emas tersebut disumbangkan menerusi beberapa acara utama termasuk olahraga, para renang, 10 pin boling dan angkat berat, dengan prestasi cemerlang atlet Sarawak turut disertai penciptaan rekod baharu dalam acara olahraga.

Dalam pada itu, Fatimah berkata kerajaan Sarawak akan mengkaji bentuk insentif dan pengiktirafan yang wajar diberikan kepada atlet negeri yang memenangi pingat pada temasya berkenaan.

“Kita akan melihat terlebih dahulu bentuk pengiktirafan dan ganjaran yang diputuskan di peringkat kebangsaan oleh badan berkaitan seperti Majlis Sukan Negara (MSN) .

“Selepas itu, barulah kerajaan negeri akan menentukan insentif yang bersesuaian untuk atlet Sarawak,” katanya.

Beliau menegaskan kerajaan negeri tidak mahu mendahului keputusan peringkat persekutuan, namun komited memastikan atlet para Sarawak yang menunjukkan prestasi cemerlang diberi penghargaan sewajarnya.

Pada edisi kali ini, Sarawak menghantar 31 atlet daripada keseluruhan 222 atlet Malaysia, dengan sasaran 15 pingat emas.

“Sekarang kita sudah ada tujuh emas. Kejohanan masih berjalan sehingga 26 Januari ini. Kita harap atlet Sarawak terus menyumbang keputusan terbaik untuk negara,” katanya.

Sukan Para ASEAN Ke-13 berlangsung dari 20 hingga 26 Januari, melibatkan atlet orang kurang upaya (OKU) dari negara-negara ASEAN dengan kontinjen Malaysia dijadualkan pulang pada 27 Januari depan.

Antara penyumbang pingat emas Sarawak ialah atlet para olahraga, Colorine Sijang dalam acara lempar cakera yang bukan sahaja meraih pingat emas, malah mencipta rekod baharu lontaran sejauh 12.82 meter, sekali gus memecahkan rekod lama 10.83 meter yang dicatatkan pada Sukan Para ASEAN di Surakarta, Indonesia pada 2022.


Antara penyumbang pingat emas dalam kejohanan tersebut ialah atlet para olahraga, Colorine Sijang yang menjuarai acara lempar cakera wanita (F40/F41) sambil mencipta rekod baharu temasya dengan lontaran sejauh 12.82 meter.

Dalam acara para renang, Rusdianto Rusmadi muncul atlet paling menyerlah apabila menyumbang dua pingat emas menerusi acara 50 meter gaya rama-rama lelaki (S8) dan 100 meter gaya rama-rama lelaki (S8).

Sarawak turut meraih pingat emas melalui Abang Yahya bin Abang Azhar dalam acara perseorangan lelaki (TPB4) boling 10 pin, manakala Gloria Gracia Wong Sze menjuarai acara perseorangan wanita (TPB4) ping pong.

Satu lagi pingat emas disumbangkan oleh Bibiana Ahmad dalam acara angkat berat para wanita kategori 67 kilogram selepas mencatat angkatan terbaik 95 kilogram. Oleh Shahrul Qaizat

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: SUKSAR IV 2026 sasar pelapis atlet menuju SUKMA
Next: APG 2025: Bibiana akhiri penantian rangkul emas pertama acara powerlifting

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.